Sunday, July 24, 2011

Durian runtuh!!!

Assalamualaikum :)



Sekarang ni, memang lah musim durian. Kat tepi jalan, ada je orang jual durian. Kat pasar malam, ada je orang jual durian. Kat pasaraya, ada je orang jual durian. #yeke? HAHA! Tak kisah la, janji ayat aku tu menunjukkan bahawa sekarang memang musim durian dan orang sedang menggila durian.

Okay, cakap pasal durian. Aku ni bukanlah penggemar durian. Dan bukan juga taksub durian. Nampak durian je, terus nak dilahap. Aku sebenarnya, kurang sikit dengan durian ni. TAPI, tak ada lah aku nak anti dengan bau durian ni. Seriously, aku boleh je terima bau durian ni. Cuma yang aku tak boleh terima, bau durian yang keluar dari mulut orang #sendawa. Memang eeeuuu gila. Ergh! Annoying habis!

Dalam dalam tak makan buah durian, aku makan serawa durian taw. #atau lebih dikenali bubur durian. Pelik kann. Eleh, takpe. Aku takde hal punya. Bukan aku sorang je pelik. Ada jugak orang macam aku yang makan buah durian, tapi tak makan tempoyak. Ada jugak yang makan tempoyak, tapi tak makan durian. Haaa, kes yang sama macam aku. Aku tak makan durian begitu sahaja tapi aku makan serawa durian. Sebab tu aku boleh terima bau durian.

makan dengan roti layan ouh.

So, aku nak kongsi beberapa tips memilih durian yang orang cakap terbaik dari ladang. Beberapa je la. Sebab aku bukan minat sangat dengan durian ni. Tips ni pun aku dapat daripada orang yang layan durian. :)

TENGOK DAHAN DURIAN
Katanya, kalau nak tahu durian tu baru gugur ke tak, tengok dahan durian tu. #alaa, tangkai nak pegang durian tu. Kalau dahan/tangkai tu ada lagi kesan kesan getah berwarna putih, bermakna ianya baru sahaja gugur. Tapi, kalau dahan/tangkai durian tu macam dah merekah rekah sikit, durian tu dah gugur 3 4 hari lepas. Macam macam tu la lebih kurang. Yang ini, encik chenta hati aku yang bagitahu la. :)

BAU  DURIAN 
Orang cakap, semakin kuat bau durian semakin sedap rasanya. Ha, kan aku dah buat hipotesis. HAHA! Ini, pendapat dia la. #si chenta hati. Lain orang lain pendapat kot. Entah la, aku pun taktahu. Sebab serawa durian, kalau nak lagi nampak kuning, letak lah gula melaka banyak sikit. Ape susah. Tapi bau durian sama je aku rasa.

WARNA DURIAN
Kalau warna pula, ada yang cakap warna kuning yang menyala tu sedap. Yela, kalau aku pun, aku lebih tertarik dengan warna yang menyerlah. Kalau lah aku makan. Cakap pasal kalau, kambing pun boleh terbang. Kan? kan?

SAIZ DURIAN
Kalau ayah aku yang pergi beli, dia prefer buah durian yang bersaiz sederhana. #agak agak yang kecil sedikit la. Ayah cakap besar besar pun, tak sedap jugak. Makan yang kecil kecil ni yang sedap. #katanya


psst : Lepas makan durian, mesti panas badan kan? Kenapa ek? 
okbai! 

8 comments:

Anonymous said...

bab durian mmg panas
klu buah manggis sejuk
lupe plak nk bgtaw..pas mkn durian xleh mkn manggis..pengsan kang..n air coke

sharifahzakiah said...

z hntuuuuuu duyan. hik3 :D

Anis anak wong said...

serawa durian ? sedap laa..cicah ngn roti jala pown sdap ..

Rapunzel Cikilolo said...

hahahaha..

hari ni akak makan durian sampai demam. sekian :)

nabila faryzza said...

encik Anon ,
ouh takleh makan manngis lepas makan durian ea? kalau makan rambutan, boleh?

nabila faryzza said...

sharifahzakiah ,
wahhh hantu duriannn! lariiiii!!! hahahahaha :D

nabila faryzza said...

Anis anak wong ,
memang sedappp. kte makan serawa, tapi buah durian, kte tak makan :)

nabila faryzza said...

Rapunzel Cikilolo ,
perghh! gila ahh kak mastura. tu la, makan tak hengat dunia. :D