Monday, January 14, 2013

Pakej Komunikasi Belia [Rebate RM200]

Assalamualaikum :)


Tentu ramai yang dah tahu, bermula 1 Jan 2013  permohonan untuk mendapatkan rebate RM200 telah pun dibuka. Aku yakin mesti ramai remaja berusia 21 - 30 dah berdaftar untuk dapatkan rebate RM200 ni . Tahniah ! Anda merupakan antara 1.5 juta remaja terawal yang berjaya mendaftar ! Remaja berusia bawah 21 tahun tu, jangan jelous okay! HAHA! Masa aku nak daftar haritu, bukan main sesak lagi laman web SKMM . Tapi setelah dinaiktaraf ni, okay dah kot. Siapa yang belum mendaftar tu, daftarlah sekarang di http://nbi.skmm.gov.my/ . Memanglah tarikh tutup dia sampai akhir tahun 2013, tapi kalau dah mencapai bilangan sebanyak 1.5 juta pendaftar, takdapatlah korang merasa rebate ni. SIAPA CEPAT, DIA DAPAT ! Ouh ya , sebelum mendaftar, jangan lupa untuk baca syarat syarat kelayakan terlebih dahulu .

Sebelum ni, rebate RM200 smartphone ini hanya untuk harga telefon tidak melebihi RM500 ,tapi sekarang tidak lagi. Kabinet telah bersetuju untuk menawarkan apa jua model telefon pintar (smartphone). So, handphone apa yang kat dalam kepala korang sekarang ? iPhone 5 ? Samsung galaxy SIII ? Samsung Galaxy Note II ? Okay ! Samalah kita ! *berangan lebih doh aku ni* HAHA! : D



Tapi ! Tapi ! Korang kena melanggan dengan mana mana pakej jalur lebar yang berdaftar dengan SKMM . Kalau tidak, korang takboleh nak tuntut rebate RM200 tu. Antaranya ialah CELCOM , MAXIS , DIGI , UMOBILE , TUNETALK , YES , SENHENG dan CLIXSTER . Dah alang alang aku pun tengah usha pakej mana yang aku nak amik, aku share dengan korang sekali. Buat masa ini, antara pakej jalur lebar yang dah update dorang punya web berkaitan Pakej Komunikasi Belia ini ialah : 
*klik setiap gambar untuk mengetahui dengan lebih lanjut*

CELCOM menawarkan hanya SATU telefon sahaja iaitu SAMSUNG GALAXY Y. Taktahu la kot kot lepas ni Celcom update yang lagi terbaru ke apa. Celcom banyakkan lagi pilihan smartphone ke. Kan? Kan? hee :)

YES pun menawarkan SATU telefon dengan pelan PREPAID . Handphone apa ntah . Tapi korang jangan risau, handphone ni boleh masuk internet la. Dah nama pun 3G kan. Eh, bukan 3G , tapi 4G uolls. :D
Housemate aku dah dapat dah. Dia cakap, dia tak keluar duit pun even harga handphone ni RM488. Korang bukan sahaja dapat rebate RM200 tu, malahan korang juga akan dapat rebate dari pihak YES sendiri. Itulah sebabnya kita dapat memiliki handphone tersebut tanpa sebarang bayaran. Pelik kan ? Aku pun tak berapa pasti, nak tahu lebih lanjut, korang pergi mana mana cawangan YES tu sendiri dan tanya.

Digi , konon konon the wiiiiiiidest laa. Tapi EMPAT handphone je . Maksud widest dia kat sini, semua tempat ada line Digi. *Aku rasa lah*. Apa yang menarik, Digi menawarkan dua tawaran, sama ada POSTPAID atau PREPAID. Kalau korang pilih Postpaid, pilihan handphone yang ditawarkan ialah SAMSUNG GALAXY NOTE 2 dan SAMSUNG GALAXY S 3 . Tapi kalau korang pilih Prepaid, ianya sama ada SAMSUNG GALAXY Y atau HTC ONE X . Pilih, jangan tak pilih !

Hotlink pun macam Digi juga, ada POSTPAID dan PREPAID . Setakat ni, ENAM handphone ditawarkan. Pilihan untuk Prepaid banyak sikit dan tentunya lebih mahal berbanding harga kalau korang pilih Postpaid. Tapi tu la, Postpaid ada kontrak. 

Banyak gila okay handphone yang ditawarkan oleh U Mobile . Ada lebih kurang TUJUHBELAS handphone! Wahh!! U Mobile menawarkan pakej Prepaid sahaja. So, yang masih belajar lagi tu, memang akan pilih Prepaid punya. So, usha la handphone handphone yang U Mobile tawarkan ni.

What ? Senheng pun ada ? Aku pun terkejut . Tapi , tengok dia punya laman web , dia macam ada relate dengan U Mobile. Mungkin Senheng bekerjasama dengan U mobile agaknya .

Hanya LIMA jenama handphone sahaja TuneTalk tawarkan. Ninetology ? ZTE ? errr.. Pandai pandai korang la ye. HAHA!

So , macam mana ? Korang pilih pakej mana ? Sebelum pilih tu, tengok jugak line jalur lebar tu, ada tak kat kawasan korang. Kalau takde, pilihlah jalur lebar yang ada. Fikir fikirkan, dan selamat beramal  #eh? HAHA! :)

psst : Kalau ada info terbaru pasal pakej pakej ni, bagitahu la.
okbai!

Wednesday, January 9, 2013

Trick Art Museum , Shah Alam

Assalamualaikum :)

Hai kawan kawan ! Korang pernah pergi Trick Art Museum , Shah Alam ? Trick Art Museum merupakan sebuah galeri seni di mana lukisan pada dinding dan lantai ditangkap dalam tiga dimensi (3D). Gambar nampak real, tapi sebenarnya dia main trick kat situ. Dan kalau korang nak tahu, Trick Art Museum ni telah pun tercatat dalam Malaysia Book of Records kerana ianya Muzium Seni Helah pertama di negara ini.

tadaa !! #teaser


Dan lagi satu, kalau korang nak tahu jugak, aku baru berkesempatan nak pergi. HAHAHA! Serious aku cakap, tak tipu ! Even rumah sewa dekat je dengan i-City , *boleh dikatakan berdepan* ini baru pertama kali menjejakkan kaki ke Trick Art Museum tu. Apatah lagi Taman Tema Air yang baru tu. Almaklumlah, sibuk study. Acecehh! #poyo .Disebabkan exam aku kali ni agak heaven (ada gap sebelum setiap paper) , So takdelah kepala aku ni macam nak pecah study. Study pula jenis last minute . Bosan duduk rumah , encik buah hati ajak keluar , dalam erti kata lain dating. *curi waktu study week untuk berjimba seketika* HAHA! So, sebagai orang yang duduk Shah Alam , aku kena la memperkenalkan tempat tempat yang best lagi menarik kat Shah Alam. kan? kan? *menarik apa, one of the kind tahu kat Malaysia* So, aku ajak dia pergi Trick Art Museum. hee :)

Lets check it out gambar gambar kitorang snap kat sana !













Ouh, ya . Bayaran masuk untuk ke Trick Art Museum ni RM5. Aku rasa berpatutan la harga RM5 tu . Sebab , art art kat dalam Gallery ni serious DAEBAK ! 

p/s : Tempat menarik apa lagi kat Shah Alam ni yang aku belum terokai ek ? hurmm *garudagu :D
okbai!

Mood Final Exam


Assalamualaikum :)

Kembali aktif berblogging merupakan salah satu azam tahun baru aku . Kononnya laaa, tapi hampeh. Disebabkan kemalasan dan kekangan, entri ini merupakan entri pertama untuk tahun baru (2013) . Hello, dah 10 haribulan, kau baru nak keluarkan entri pertama ? Orang lain dah berentri entri dah . Come on la EJA !

3 more papers to go ! 10 days left ! Cant wait ! :D

Maaf la ye blog kesayangan, intan payung. *pujuk blog* Aku bukan apa, aku busy dengan final exam. Lepas final exam aku akan cuba . CUBA ye CUUUBA! melaksanakan azam aku untuk kembali berblogging tu . 10 hari lagi untuk aku menamatkan semester 5 yang penuh liku ni. OMG ! Semester depan aku semester 6 ! Final Semester okay ! Dah start risau dah ! Aku kerja apa nanti ? Kerja kat mana ? Aku kerja sebagai Quantity Surveyor ke ? Kalau ye, dengan Contractor ke Consultant ? Haish, banyak sangat persoalan kat kepala ni. #sigh

start to thinking about future #termenungjauh #future


p/s : Rindu pula nak jalan jalan kat blog orang :)

okbai!