Korang tahu tak sebenarnya kat Malaysia ni, banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi. Aku bukanlah seorang agensi pelancongan Malaysia untuk mempromosikan tempat peranginan. Tetapi sebagai rakyat Malaysia aku rasa terpanggil untuk berkongsi tempat tempat menarik di Malaysia. Itulag gunanya blog. hehe
Korang tak perlu ke luar negara sebab kat Malaysia pun ada |
Ouh ya, tempat ni takde lah besar mana. So, sehari pun dah mencukupi untuk korang jalan jalan kat tempat ni. Kitorang pergi tengah hari, petang dah balik. Kalau nak tidur sini pun boleh. Tapi memang mahal la hotel kat sini. Satu malam, ada la dalam RM300++. Makanan kat sana pun mahal. Nasi lemak, RM5. Laksa RM13. Anda disarankan untuk membawa makanan sendiri. Kitorang pun bawa makanan sendiri.
Korang rasa besar ke? aku rasa takde la besar mana :D |
Tiket masuk untuk ke Colmar Tropicale, RM12 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak kanak. Aku rasa, harga dia boleh tahan la. Ingatkan RM12 tu boleh pergi mana mana. Rupanya ada juga tempat yang korang kena bayar lain. Kalau nak masuk Rabbit Park, korang kena bayar RM3. Japanese Village free. Untuk pengetahuan korang, kat sana ada disediakan Shuttle Bas setiap sejam #taksilap. So, korang takpayah la nak drive kereta korang, jimat minyak. kannn :D
gigih bawa beg berisi makanan |
Di Japanese Village ni, korang boleh je sewa baju kimono (RM20 untuk 30minit) untuk bergambar. Japanese Villa ni lagi tinggi dari aras laut, iaitu 3,500 kaki. Dari tempat Shuttle bas tu berhenti nak naik ke Japanese Village ni, korang memang kena mendaki sikit. Bukan sikit, letih jugak la. HAHA :D
Lepas tu, kitorang ke Rabbit Park pula. Nak tahu Rabbit Park kat mana? Ha, tengok balik peta kat atas tu. hehe. Kat Rabbit Park ni, arnab arnab dibiarkan di satu kawasan yang berpagar dan kita boleh masuk dalam kawasan tu dan bermain bersama arnab arnab tersebut. Keterujaan aku melihat bangunan Colmar Tropicale tibatiba hilang bila masuk Rabbit Park. Si dia pula yang teruja. Aku ni jenis takot sikit. Sedangkan kucing pun aku takot, arnab pun mesti la takot jugak kan. Tu yang mampu pegang je, tak berani nak angkat. HAHA #tutupmuka . Selain itu, kat Rabbit Park ni pun ada rusa, kuda dan macam macam lagi la.
psst : Actually, memang dah lama teringin nak pergi tempat ni. Thanks kepada encik chenta hati sebab bawa kte pergi tempat ni. hee <3 <3 <3 :)
9 comments:
amboiii bestnyeeee :)
dating la ni ye hihi
wow best nya en.anon tngk kamu berdua nie..hee
Jelous ai..lol.anw,your chenta hati really ohsem!hahaha.
omaigodddd!!!!both of you really sweet,date sesama makansesama.hee,good then,hopefully forever macamtuh.amin.
kenapa sweet sangat ni. hehe. tempat ni awesome kan. k, macam nak pegi lagi. :D
bestnya..ifa xpernah gi lg nie..hehe
aku juga ingin bawa cinta hati ke sini...i'm coming bukit tinggi....
tempatnya cool...
Post a Comment