Friday, February 25, 2011

antara lelaki dengan perempuan, siapa lagi cepat matang?

assalamualaikum :)

okay! kalau korang tanya aku, haruslah aku jawab perempuan lagi cepat matang. korang rasa, siapa yang lagi cepat matang? [yang lelaki mesti cakap kaum dorang lagi cepat matang & yang perempuan pulak, mesti la sokong kaum dorang kan].

kalau nak diikutkan, perempuan lagi cepat matang. nak tahu kenapa? sebab, ada kajian menunjukkan, ketika kecil, bayi perempuan lebih cepat membesar berbanding bayi lelaki dan pembesaran itu akan menjadi perlahan setelah mencapai akil baligh. yang lelaki pulak, mereka mengalami pembesaran yang lambat ketika diperingkat bayi sebaliknya meningkat lebih cepat apabila memasuki tempoh akil baligh. so, dalam kes ni, perempuan menang! sebab perempuan besar dulu dari lelaki. jyeahh!
alamak! kenapa aku lambat membesar? 

now, kita tengok cara pemikiran pulak. perempuan selalunya dikatakan sebagai seorang yang bimbangkan masa depan mereka. bukan bimbang ape. means kitorang dah pikir masa depan awal awal lah kan. tetapi, lelaki pulak tidak pernah bimbangkan masa depan dorang sehinggalah dorang bergelar suami kelak. maksudnya, lepas kahwin baru dorang akan matang kot. hopefully lah kan. :)

tapi, walaupun memang dah ada bukti cakap perempuan lagi cepat matang, tak semsestinya. yela, tengok jugak cara seseorang tu berfikir. let say, anak tu terlalu dimanjakan. mesti korang akan cakap, "tak matangnya budak tuu" kan? kan?

tetapi betul ke kematangan itu dinilai berdasarkan usia? aku rasa, tak! kan korang selalu cakap, "alaaa, kau budak kecik ape tahu. tak matang lagi" hello! kau ingat kau besar, aku takot. okay! terlebih over pulak aku. HAHA!

kalau betul lah orang yang lagi muda tu tak matang, macam mana Siti Khadijah boleh jadi isteri Nabi Muhammad yang memang jauh lebih muda dari isterinya. korang nak cakap Nabi Muhammad tak matang la? ha? ape? ape? terdiam!

psstt : berdasarkan pengalaman sendiri, saya lagi matang dari si dia. si dia terlalu asyik main game. sedangkan saya? hey, saya tak main game pun taw! :P
that's all

3 comments:

Unknown said...

hehehe..samelah..kita berdua lagi matang dari mereka..dorg keje men game jerk..

hanafi_napi said...

hahahaa..siot jex ko nieyh..
klakar lah aku tengok pic bayi tu..
comel..haha.. ;p
hurm..senar kite kene tengok care die berpikir baru lah dpt nilai kematangan die..x semestinye dr umor..so pade aku same jex..
laki ke pompuan ke same jex ade yg cepat matang dr segi pemikiran die..ade yg agak ke'budak2'kan skit..huu~~

nabila faryzza said...

siBudakKurus,
dah nasib dapat bf suka main game. ape boleh buat. hehe :)

napi,
betul betul! takleh nak cakap laki tak matang. hehe! perempuan pun ada jugak yang lambat matang. yang kte tulis ni, haruslah kte berpihak pada perempuan kann. :D