Sunday, April 15, 2012

Fakta Tentang Perempuan #1

Assalamualaikum :)

Dua hari berada di Kela Adventure Camp Raub, Pahang memang awesome. Walaupun penat, tetapi seronok ! Tak larat sebenarnya nak update blog, tapi gagahkan juga diri ini.

Ouh, ya. Aku nak bercerita pasal ini sebenarnya. :D


Teringat aku pada salah seorang facilitator kat camp tu semalam, kitorang panggil dia ABAH. Sedang sibuk memanjat bukit semua, ABAH menjerit. "Okay, tangkap gambar, tangkap gambar. Semua pandang sini."
HAHA! Peserta perempuan *termasuk aku* laju je pandang. Padahal tipu je . -___-

psst : Perempuan dan camera, memang tak dapat dipisahkan. :D
okbai!

Wednesday, April 11, 2012

Berkaca Mata? Takde Style la !

Assalamualaikum :)

Ingat tak lagi kisah aku hampir ditahan polis kerana tidak memakai cermin mata ketika memandu? Okay, semenjak dari kejadian itu, kalau drive waktu malam aku pasti akan memakai cermin mata. Taknak la pisang berbuah dua kali kan. err.. maksud aku, taknak la kejadian tu berlaku lagi. hee :)

Ye, memang aku degil ! Aku hanya akan memakai cermin mata ketika lecture dalam kelas sahaja. Habis kelas, aku simpan la balik cermin mata aku tu. Kalau setakat keluar nak pergi makan ke, memang aku tak pakai. Disebabkan permandangan aku pun tak berapa nak clear, aku jalan agak menonong sikit lah. Tak tengok orang sangat. Kalau kawan aku suruh usha mamat hensem pun, memang taklah aku nak nampak. HAHA! *aku bagi contoh tak boleh blah*. Serious aku tak akan nampak orang yang berdiri jaraknya sejauh 100 m.*100 m jauh mana ek?* So, kalau jumpa aku tu, jangan la tegur aku mahupun melambai lambaikan tangan memanggil aku dari jarak yang jauh. Sorry sangat sangat. Bukan aku sombong, tapi aku takboleh nak nampak korang. #sedih


Budak yang sedar dirinya rabun tapi taksuka nak pakai cermin mata.

Kalau waktu lecture dalam kelas, memang benda paling penting adalah CERMIN MATA! Kalau tak bawa tu, rasa macam Gelapnya Dunia ! Aku ni bukanlah full time pemakai cermin mata, pakai bila perlu sahaja. Kat rumah aku pakai bila hendak tengok TV. Hari Ahad haritu, aku terlupa bawa cermin mata aku balik Shah Alam.  Aigo! Dalam kelas, memang aku taknampak la apa yang lecturer tulis kat papan putih kat depan tu. Lagi lagi kalau lecturer pakai marker kaler MERAH. Amik kau ! Memang menyala warna dia. Memang berusaha keras aku kecilkan mata untuk melihat tulisan tersebut *orang rabun, kalau nak tengok something, diorang akan kecilkan mata. Konon zoom pada objek tersebut la* Kesian siapa yang duduk sebelah aku. Aku terpaksa kacau korang belajar tanya itu dan tanya ini. hee :)

Gambar diambil ketika majlis konvokesyen kakak aku di PUO.
Kalau korang perasan, tangan kiri aku, pegang cermin mata. Pakai bila perlu sahaja. Nak snap pic tak perlu okay! HAHA!
Thanks to MAMA & KAKNANA kerana bersusah payah datang Shah Alam semalam semata mata hantar cermin mata eja . <3 <3 <3


psst : Aku sedang cuba membaiki mata dengan memandang benda benda hijau. Pakai contact lense? Ouh, tidak !
okbai!

True Story

Assalamualaikum :)

Seriously aku sakit hati bila naik KTM, then ada announcement berbunyi,
"Tren ke **** mengalami masalah kelewatan dan dijangka tiba dalam masa 30 minit lagi"
Damn!! 15 minit aku tunggu untuk next tren, but then dia delay lagi 30 minit. phew! Memang masa aku terbuang tunggu tren KTM je la.

#pakcik Google 
Okay fine, memang bagus sistem KTM provide koc untuk wanita. Itu aku setuju. 
Memang bagus KTM sekarang dah ada koc baru yang lebih selesa. Itu aku sokong.
Tapi kenapa tren KTM selalu sangat delay? Itu aku yang aku takfaham tu.
Okay chill. Saya tahu saya tak patut tension. Saya tak patut tertekan. Dah menjadi fitrah KTM memang selalu sangat delay. *sabar eja, sabar* 
okbai!