Assignment makin lama, makin bertambah. Tapi, usaha aku, masih di tahap yang sama.
Sepatutnya, 70% kerja, 30% entertainment. Tapi aku, 30% kerja, 70% entertainment. Bermuka buku je lebih. Kerja, tunggu dah dekat submission date baru terkejar kejar nak buat. kiki.
Eleh, ntah ntah korang pun sama jugak. Betul tak? Mengaku je la :D
Okay, ini assignment construction economy yang KEDUA. Yang PERTAMA pun masih dalam progress, lecturer dah bagi yang kedua . TERBAIK kan? :/
Tak sia sia aku masuk dalam bidang yang ada kena mengena dengan construction. Secara tak langsung, aku dapat mengenali bangunan bangunan yang cantikmenarik, tertarik *kau memang da bomb!* HAHA!
Untuk assignment ini, kami diberi tugasan untuk melakukan case study *kan best kalau dapat buat site visit kat sana* bagi bangunan yang disenaraikan di atas. Kumpulan aku, kitorang pilih bangunan Beijing, National Aquatics Center.
Jom usha antara bangunan bangunan yang disenaraikan. Semestinya, setiap bangunan mempunyai keunikan masing masing.
Beijing Olympic Stadium, China
Design bangunan ini seakan akan sarang burung. Bentuk donat pun ada. Kan? Ianya dibina untuk tujuan Sukan Olympic 2008 di mana negara China menjadi tuan rumah ketika itu.
Shimizu Mega-City Pyramid, Japan
Bentuk dia sangat compilcated. Macam mana la arkitek design kan? Nak taking off pun susah ni. #ehyeke?
Burj Al-Arab, Dubai
Aku baru tahu bangunan ini merupakan hotel. Reka bentuk bangunan ini menyerupai kapal layar. Ianya merupakan First Class 7 Star Hotel. *keeeelasss gituu* Ouh, ya! kalau korang nak tahu, bangunan ini merupakan hotel keempat tertinggi di dunia dengan ketinggian, 321m.
Bloomberg Tower, New York City, USA
Arkitek untuk bangunan yang mempunyai ketinggian 246m ini ialah Cesar Pelli yang juga merupakan arkitek untuk Menara Berkembar Petronas yang menjadi kebanggaan negara Malaysia.
Q1 Tower, Gold Coast City
Merupakan bangunan kediaman dan juga merupakan antara bangunan tertinggi di dunia dengan ketinggian 323 mdan mempunyai lift yang bergerak pantas iaitu bergerak 9meter dalam masa sesaat. *Zazzz!* Laju gila okayy!
Taipei 101
Seperti yang kita ketahui, Menara Berkembar Petronas pernah menjadi "Bangunan Tertinggi di Dunia" (1998-2004) dan bangunan Taipei 101(509.2 m) ini telah menyaingi Menara Berkembar Petronas(452 m) dengan mengambil takhta "Bangunan Tertinggi di Dunia" pada tahun (2004-2010).
Park Place, Dubai
Bangunan ini menggunakan teknologi pembiasan haba bagi memastikan bangunan itu dalam keadaan sejuk justeru mengurangkan penggunaan aircond. Secara tak langsung, dapat menyelamatkan bumi kita daripada kesan penggunaan aircond. Bagus betul! hee
Gazprom Headquarters, Rusia
Menarik tentang bangunan berbentuk seakan akan anak jagung ini, ia akan berubah warna sehingga 10 kali sehari bergantung kepada kedudukan matahari. Wow! Menarik bukan?
Beijing National Aquatics Center
Beijing National Aquatics Center terletak bersebelahan Beijing Olympic Stadium di mana acara renang dijalankan di sini untuk sukan Olympic. Menurut simbolik senibina Cina, senibina cube (Beijing National Aquatics Center) melambangkan bumi, manakala bulatan (yang terdapat pada Beijing Olympic Stadium) mewakili syurga. Kami pilih bangunan ini kerana ianya mempunyai bentuk yang mudah, iaitu bentuk segi empat sama. Dan kalau korang perasan, bangunan lain semua tinggi tinggi. Bangunan ni tak tinggi pun *Senang nak kira build-up area dia.* kiki :)
Abu Dhabi Investment Authority Tower
Reka bentuk bangunan ini kelihatan seperti lipatan kertas kan? HAHA! itu apa yang aku nampak la. Taktahu la pula korang tak nampak ape yang aku nampak. Boleh tahan susah jugak nak take-off bangunan ni. Kalaulah aku QS yang dipertanggungjawabkan, haish! ntah la. hehe :)
Lippo Tower, Hong Kong
Gempak gila kot design bangunan ni. Macam robot pun ada. HAHA! Bangunan ini digelar "The Koala Tree" kerana rekabentuknya kelihatan seperti koala yang sedang memegang pokok. Korang tahu tak? Bangunan setinggi 186m ini hanya mengambil masa setahun untuk siap dibina. Laju tak laju.
30 St Mary Axe, London
St Mary? HAHA! Nama sekolah lama aku dulu tuu. Bangunan ini mempunyai ketinggian 180m dan siap dibina pada tahun 2004. Lawa laaaa bentuk dia. Kan? Kan? Lain dari yang lain.
National Bank Dubai
Bangunan ini mempunyai ketinggian 125 m dan mempunyai reka bentuk yang agak menarik dan ianya dibina berdekatan dengan kawasan air?
Bank of China Tower, Hong Kong
Bangunan setinggi 367 m ini pernah mencatat bangunan tertinggi di Asia pada tahun 1989 - 1992. Tinggi gila okay, padahal bank je pun. Pembinaan bangunan ini bermula pada tahun 1985 dan mula beroperasi pada tahun 1990.
okbai!
3 comments:
syknye.. semuanya cantik2. tp suka yg beijing olympic stadium sebab nampak mcm keychain. ahaha.
anyway, follow u dah :)
salam perkenalan sis.. thanks sbb sudi singgah blog kecik akak..
dulu akak student uitm gak.. dip in building..
selamat study n buat assignment ye sis..
keep in touch!!
bagus la ko cari semua ni, tak payah aku nak google satu2..
waa..terbaik la bangunan group kita plih, mmg betul2 4 segi
Post a Comment