Sunday, October 23, 2011

Berita Sukan Yang Akan Menghiasi Dada Akhbar Esok

Assalamualaikum :)

Seriously aku cakap, dulu aku tak minat pasal sukan. Kalau beli surat khabar, jarang nak belek page yang belakang belakang tu *bahagian sukan*. Tak minat nak dengar pasal sukan, tak minat nak ambil tahu pasal sukan etc. Tapi, since kejayaan Harimau Malaya, terus macam tertarik nak ambil tahu pasal sukan. *macam takde kena mengena je* HAHA! Lagi lagi sukan Malaysia la. *itu maksud aku*

Tapi sekarang sedang mencuba nak minatkan diri dengan sukan. Main basikal petang petang, turun gym, dah start nak pergi swimming. Konon nak bakar lemak la. kiki. Aku dah celik mata sikit pasal sukan ni. Sampai boleh agak berita sukan yang akan keluar kat surat khabar esok. Jom cekidaut antara tajuk berita sukan yang aku maksudkan.

1. Kekalahan Manchester United di tangan Manchester City
Aku memang tak layan sangat Liga English ni. Kalau pasal Harimau Malaya, aku tahu. *gedik gila okay!* HAHA! So, maknanya memang tak berpihak kat mana mana pun la. Tapi, harini memang ramai gila orang update status pasal kekalahan Man Utd di rumah sendiri. 6-1 babe! Sebelum ni, memang nama Man Utd gah la, "Glory, Glory Manchester United" Mesti kecewa je penyokong penyokong Man Utd kan? Adik aku balik dari tengok bola, terus masuk bilik taknak cakap dengan abang aku. *dorang sokong team yang berlainan* Seronok lah si abang membahan kekalahan team adiknya kan. Takpe la, adat perlawanan. Ada menang, ada yang kalah. Tahniah kepada Manchester City.

2. Kematian Marco Simoncelli di Litar Sepang
Kalau nak cakap pasal perkembangan sukan moto GP, laaaagi lah aku tak layan. But atleast aku tahu la pasal berita kemalangan dan kematian Marco Simoncelli ni. Perlumbaan petang tadi memang mengejutkan. Laju je time line kat twitter bergerak dan rata rata tweet pasal kejadian ni. Kat Facebook pun sama. Ada yang siap shared video pasal pelumba Itali, Marco Simoncelli. Omaigod!! helmet yang dipakai tercabut okay! && dia terseret tu, jauh gak la! Kematian Marco Simoncelli menyebabkan perlumbaan itu dibatalkan. Setahu aku, kematian Marco Simoncelli ni merupakan kematian yang pertama berlaku di litar Sepang tu. #ehyeke?

3.  New Zealand juara Rugby World Cup 2011
Hari ini merupakan perlawan akhir ragbi piala dunia 2011 yang berlangsung sejak 9September lalu. Perlawanan akhir hari ini melihatkan, tuan rumah, iaitu New Zealand menjadi juara. New Zealand yang sinonim dengan "All Black" berjaya menewaskan France dengan 8-7. *takde la France malu sangat* Kalau cakap pasal ragbi ni, aku teringat Hakka. Alaaa, tarian yang dorang selalu buat sebelum main tu. Tarian yang bagi semangat tu. Tahu tak? tahu tak?*takreti nak explain* HAHA!


psst : Pasukan Negeri Sembilan bakal bertemu dengan pasukan Terengganu di Shah Alam nanti. Pasukan manalah agaknya yang menang kan? Yang pasti, aku sokong JUARA. HAHA :D
okbai!

No comments: