Saturday, November 19, 2011

Ice Skating, Sunway Pyramid

Assalamualaikum :)

Hai korang ! Sihat ? Alhamdulillah. Aku baru je sihat ni setelah dua hari demam. Minggu ni memang badan aku dalam keadaan orang cakap, kesihatan pada tahap minima la. Aku demam dan dalam masa yang sama, badan lenguh *kesan ice skating* dan mulut aku diserang ulser *orang tua tua panggil, mata ikan*. Ergh! Kalau 1 takpe, ini sekali 3. TIGA okay! Sakit gilaa. Memang aku banyak diamkan diri daripada bercakap.  Sampai nak update blog pun takde mood. *boleh tak bagi alasan tu sebab tak update blog* HAHA!

Actually Hari Rabu haritu aku pergi main ice skating. hehe. Padahal assignment dah beratur menunggu untuk disiapkan. Aku dengan slumbernya, watlek watpeace ! HAHA! Konon konon nak releasekan tensionlah kan. Okay, alasan yang boleh diterima. Bolehlah, bolehlah :)


Of course, kalau dekat Shah Alam ni, keluar pergi mana mana mesti la dengan boyfriend teman rapat aku since diploma dulu. Takpernah aku keluar berjimba jimba dengan lelaki lain selain daripada boyfriend aku tu. Aku mana ada kawan lelaki. #gelabahweyhgelabah. 


[ eja . anis . zakiah . miedah ]

Disebabkan kitorang pergi weekday, ingatkan tak ramai orang. Rupanya ramai juga sebab cuti sekolah dah start. Masing masing tak sedar cuti sekolah dah start. Nasib baik kitorang gerak awal. Sampai Sunway Pyramid tu dalam pukul 11. Ini merupakan kali kedua aku main ice skating ni. So, dah ada glove, harga murah sikit la. Kalau weekday RM15, Kalau weekend RM20 *harga masuk sahaja* Harga glove RM8 dan stoking RM5. Kalau korang takbawak stoking dan glove, tambah la RM13 untuk kedua dua item tersebut. Yang paling penting, aku tak keluar duit pun, ada orang belanja! Thanks ZAKIAH sebab belanja kami. Muahx! Sayang kau lebih! :)



Get ready before skating :)
Disebabkan aku bukanlah mahir sangat, memang tak sah kalau tak jatuh. Tapi takpe. Orang cakap, kalau jatuh dalam ice skating tu, kau dikira sebagai jatuh bermaruah. So aku takde lah malu sangat *tapi malu jugak la* even jatuh kat tengah tengah. Serious susah kalau nak bangun balik. Aku bangun sendiri dan tak pandang keliling pun #malu. Kesannya, badan memang sakit sakit. Sampai sekarang lenguh kat tangan kiri ni masih ada. 

Berhenti rehat sebab tangan sakit
Masih mampu bertahan. Dua lagi dah surrender

Sedar tak sedar, dah pukul 2. Perut masing masing dah berkeroncong minta diisi. Kitorang makan kat McDonanlds dan pulang dengan selamatnya. Keesokannya, masingmasing mengadu sakit badan dan kaki.

bergambar sebelum chow !


psst : Yeah! MUET dah lepas. Takperlu risau lagi. Hanya perlu risau terhadap assignment yang menanti. Okay assignment! I'm coming!! :D
okbai!

10 comments:

cikumi_violet said...

hehe..bestnya mein ice skating.x jejak kaki kt sna lgi..(^^)

cik najihah said...

eh ade anis..hiih..

Thania said...

bestnyer main disini,..
tnia daridulu nak main... tapi x berkesempatan lagi..heheh..

nabila faryzza said...

cikumi_violet,
best!! try la. :)

nabila faryzza said...

cik najihah,
yeap! anis. kawan plkn kan? hehe :)

nabila faryzza said...

Thania,
ape lagi thania! ajak la im! HAHA. lai lai lai ;D

Munnafendy said...

xpernah main lagi nih...akuttttttt

idahMOMOE said...

comelnya ejaa!
kenapa baru perasan post ni? hehe :P

nabila faryzza said...

@Munnafendy ,
belum cuba belum tahu. hehe :)

nabila faryzza said...

idahMOMOE ,
maybe kak idah terlepas pandang kot. ngee (: