Alhamdulillah, siap jugak assignment MEASUREMENT OF CONSTRUCTION WORK #coresubject aku. Esok nak kena submit, malam ni baru siap. BAGUS! Bersepah sepah bilik aku ni. Kakak aku sampai terkejut. Almaklumlah, takpernah pernah aku balik rumah bawa homework. Selama ni, bukan aku malas nak bawa kerja kalau balik hujung minggu, tapi tengok lah sendiri. Waktu terdesak macam ni baru aku bawa balik homework. Baru kau tahu busy tak busy pelajar Ukur Bahan ni. *ke, aku sorang je yang buat kerja bersepah?* HAHA :D
Hamek kau ! |
Sebenarnya, aku bukan nak cerita sangat pasal assigment aku tu. Aku nak update pasal Majlis Pertunangan abang aku. Disebabkan nak kena siapkan assignment tu la aku tangguhkan dulu niat nak update blog. education should be given priority. #kenyitmata ;)
Okay! back to the topic,
Tanggal 25Disember2011 hari tu merupakan hari pertunangan abang aku dan kekasihnya. acehh! Majlis diadakan di rumah pihak perempuan iaitu di Muar, Johor. Juga merupakan kampung aku. By the way Muar tak banjir pun. #sempat lagi tuu.
Alaaa, aku tak reti la nak bercerita dalam bentuk ayat yang panjang panjang. Rasa janggal dah jari ni nak menaip. Tu la, lama sangat biarkan blog tanpa entry. #tu makan dia . To make it simple, aku tepek gambar banyakbanyak. Okay? Bak kata Yuna, "dalam setiap gambar, ada lagu". Tapi tu Yuna yang cakap, aku punya style lain, "dalam setiap gambar, menggambarkan apa yang ingin aku sampaikan" #punboleh
7 hantaran dari pihak lelaki |
Berbalas 9 hantaran dari pihak perempuan |
Dah memang adat melayu, hantaran diberi dalam nombor ganjil dan dibalas lebih oleh pihak perempuan. Cantik warna kelabu pilihan mama dan cantik juga warna biru&purple pihak perempuan tu. Favourite colour aku tuu. Okay, mula lah berangan hantaran aku nanti nak warna ape. Pang pang! #tamparlajulaju. Takboleh blah. HAHA!
Cincin meminang disarungkan oleh nenek |
Cincin tunang, mama sarungkan. |
Seriously, memang mama nervous gila dan tak biasa dengan majlis majlis macam ni. Yela, ini merupakan majlis pertama merisik dan meminang anak dara untuk anak sulungnya. So, memang janggal lah. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar.
Wakil daripada pihak lelaki |
Wakil daripada pihak perempuan |
Last but not least,
SELAMAT BERTUNANG ABANG OLEY & KAK LYN :)
psst : Rasa nak demam. Perasaan "rasanakdemam", pergi main jauh jauh! Aku nak exam ni. ishh!
okbai!
No comments:
Post a Comment