Friday, January 13, 2012

Baucer Buku 1Malaysia

Assalamualaikum :)

Seperti yang kita ketahui, Kerajaan Malaysia telahpun merangka banyak program untuk meningkatkan lagi ekonomi negara. Ekonomi Transformation Programme (ETP) atau dalam bahasa lainnya Government Transformation Programme (GTP) *sama je kan maksud dia?* merupakan salah satu inisiatif Kerajaan untuk meningkatkan lagi ekonomi Malaysia ke arah yang lebih bagus. Sebenarnya banyak lagi inisiatif Kerajaan. Bawah ETP tu ada banyak lagi inisiatif Kerajaan seperti NKRA , NKEA , dan sebagainya. *korang boleh search sendiri ape itu NKRA dan NKEA* Wahh, aku ni memang betul betul mengaplikasikan subjek ekonomi yang aku belajar semester ni. Kalau aku tak belajar ekonomi, aku tak tahu inisiatif kerajaan ni. #serious


Selain menyediakan rumah mampu milik kepada mereka yang berpendapatan rendah untuk meningkatkan taraf hidup, Kerajaan Malaysia juga telah memberikan Baucer Buku 1Malaysia bernilai RM200 kepada pelajar IPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasi Sains dan pelajar Tingkatan 6 dalam mempertingkatkan pencapaian pelajar. Means, semua warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS DAN Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di tingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.
Gigih beratur panjang lepas exam Construction Economy sebab nak dapatkan Baucer Buku 1Malaysia.

Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012. Selepas dari tarikh itu, Baucer Buku 1Malaysia ni dah tak laku dah. So, cepat cepatlah beli barang keperluan pembelajaran korang. Baucar Buku ini boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini. Sebelum nak guna baucer tu, korang tanyalah dulu kedai buku tu, dia terima ke tak. Okay? hee :)

#gambar lama
Rasanya, almost kedai buku, korang boleh pakai baucer tu

psst : Siapa yang belum menuntut lagi Baucer Buku 1Malaysia ini, sila berhubung dengan IPT dan sekolah masing masing. Rugi bhai tak tuntut, RM 200 tu ! :D
okbai!

3 comments:

Unknown said...

xperlu beratur pon...sebab dtg awal...da dpt gak kupon ni..tunggu masa je nak shopping

nabila faryzza said...

Fendy,
tunggu masa je nak shopping? HAHA! hamboi, taksabar nampak.

Anis Adila Aris said...

ma0sih pikir nak beli apa la ngan baucar tu...