Thursday, January 12, 2012

Ganti Waktu Tidur (Qada' Tidur)

Assalamualaikum :)


Istilah Qada' Tidur bukan lagi fenomena baru dalam kalangan remaja. Lebih lebih lagi, remaja yang bergelar pelajar. Qada' Tidur bermaksud Ganti Tidur. Kebanyakan pelajar lebih gemar untuk melakukan habit ini di asrama mahupun hostel. Ini kerana, di asrama tiada siapa yang akan bising dan halang anda untuk bangun lambat. Tidak seperti dirumah, ibu anda pasti akan memarahi anda sekiranya anda bangun lambat. Lagi lagi anak perempuan. Apehal ayat aku skema sangat ni? *dush!dush* :P

Kalau dah Qada' Tidur tu, memang terbongkang habis !
#Google

Okay, siapa yang takpernah dengar perkataan Qada' Tidur ni, maka anda bukanlah seorang pelajar #ehyeke? Aku mula kenal, guna dan mengaplikasikan Qada' Tidur ni since masuk sekolah teknik lagi dimana ketika itu aku menetap di asrama. Persoalannya, "Orang duduk asrama ni memang tak cukup tidur ke?" Jawapannya, YA! Harus la. Kalau dah jumpa kawan kawan tu, memang tak hengat dunia. Bergosip tak henti. Ada je cerita yang nak diceritakan. Ada je gosip yang nak digosipkan. Lokasi bergosip, Bilik Prep. Takpun, balcony bilik. Sebab pukul 11.00 ke 11.30 dah kena tutup lampu. Tapi bergosip dalam gelap pun jadi je. HAHA! Pastu, minggu balik rumah, memang heaven habis. Sebab dapat ganti bilik tidur yang tak cukup masa kat asrama. Yela, kat rumah takde geng yang sekepala nk stay up malam malam sampai lewat malam.

Esoknya kat kelas, masing masing buat aksi "mengukur meja"
#Google

Perangai tidur lambat terbawa bawa sampai aku masuk ke alam universiti. Setiap malam, tak sah tak tidur lambat. Pukul 1.00 pagi tu waktu tidur paling awal. Selalu aku tidur pukul 2 dan keatas. Lagi lagi musim exam ni, tidur pukul 2, pukul 4.30 dengan gigihnya bangun untuk study. Lumrah orang study last minute. Memang kena korbankan waktu tidur. #padanmuka . Dah la paper straight 3 hari berturut turut. Boleh bayangkan tak betapa PANDAnya mata aku ni? #sigh. Nasib baiklah tinggal lagi satu paper dan paper tersebut 17Januari nanti. Ada la juga masa untuk aku rehatkan minda dan badan ni. Letih oi !

Tidur musim exam. Tidur bersama buku adalah perkara normal
#Google

So, Kawan kawan !
Let's TIDUR .  Goodnight :)

psst : Gaya macam dah habis exam je, padahal ada satu lagi paper.


okbai!

2 comments:

ridoma said...

jum ! Zzzz...

nabila faryzza said...

Fariduddin El-Islam ,
jom cukupkan tidur 8 jam sehari. hehe :)