Dah heboh, berkaitan dengan masalah gangguan air. Memang menjadi tanda tanya bagi aku, "serious ke takde air ni?"
Esok, Hari Rabu bersamaan 14 Mac 2012, pihak SYABAS akan melakukan kerja kerja penyelenggaraan. Jadi, kemungkinan besar akan ada gangguan bekalan air selama 36 jam sehingga keesokan harinya (Hari Khamis). Bagi mereka yang duduk di kawasan yang terlibat, iaitu di Hulu Selangor, Petaling, Kuala Lumpur, Kuala Langat, Klang dan Shah Alam, korang dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya. Kawasan yang terlibat, korang boleh cek kat laman web SYABAS. So, ready la dengan baldi, besen dan semua la. Simpan stok agak agak cukup untuk dua hari. Okay? :)
Dalam keadaan gangguan bekalan air ni, berpada padalah guna air. Jangan nak mandi ikot sedap je. Bagi yang malas mandi tu, boleh la jadikan "tiada bekalan air" sebagai alasan korang malas nak mandi. HAHA! :)
psst : Ouh ya, area Seksyen 7 Shah Alam, tidak terlibat dengan masalah gangguan air. *bernafas dengan lega* :D
okbai!
3 comments:
cakap kayt midah, takde maknanya tak nak mandi esok sebab air ada..haha
salam, seksyen 4 pun x terlibat gak kan? TQ
adeuhai...xda air la plak...png kapla x mndi...kn cari air ni...
Post a Comment