Thursday, April 5, 2012

Flaming Steamboat Buffet

Assalamualaikum :)

Dah lama gila aku tak update blog. Dah lama gila aku tak buka dashboard blogger aku ni. Kalau nak diikutkan, memang bersawang dan berhabuk gila. HAHA! Baru kali ini berkesempatan nak jenguk. Seriously, semester 4 aku penuh dengan cabaran. Hampir semua assignment memerlukan kami untuk membuat case study. Ditambah pula nak kena propose tajuk untuk dissertation lagi. Stress gila aku cakap kau ! #sigh

Nak dijadikan cerita, bagi mereleaskan tension masing masing, budak budak kelas aku, AP2244B menghabiskan masa bersama sebelum assignment yang diberikan menjadi lebih menggunung *padahal sekarang pun dah cukup menggunung*. Sebelum ni, kami ke Berjaya Times Square Theme Park dan Sunway Lagoon. Kali ini, destinasi berjimba kami adalah makan makan pula. Baru rasa berbaloi duit masuk dalam perut. Ye dak? :)



Hari Isnin, bersamaan 2 April yang lalu, kami ke Flaming Steamboat, Shah Alam *Seksyen 33*. Dah lama tak pekena steamboat. Last aku makan steamboat masa bulan Januari haritu di Seoul Garden bersama si dia. <3


Boleh tahan juga Flaming Steamboat. Pilihan makanan banyak. Suasana best. Memang seronok la. Korang boleh have fun ramai ramai. Ouh, ya. Harga untuk seorang makan RM28.50 termasuk tax. Disebabkan masa kitorang pergi, Flaming Steamboat ada buat promosi. Setiap 10 orang makan, seorang akan dicaj percuma. Menarik bukan? Jom tengok gambar!


masing masing tekun makan

Bukan sahaja makanan laut disediakan, malahan kalau korang jenis yang sehari takjumpa nasi tak sah macam aku ni, jangan risau. Memang ada disediakan nasi disana. Memang aku ambil nasi dulu. Almaklumlah, dari pagi ikat perut tak makan ape ape. Konon nak melantak habis habisan lah . :D


Selesai melantak, kitorang merasa desserts pula


model aiskrim

Girls :)

classmate



sebelum keluar, sempat lagi tapau aiskrim. HAHA!

sweet memory


last but not least, thanks to our photographer. Kak Farah.

psst : Balik tu, perut rasa nak meletup. HAHA! ;)

okbai!

4 comments:

Anonymous said...

en anon. says untung ler

idah_shi said...

macam penah dengar je Flaming Steamboat ni. seksyen 33 belah mana eh? hehe

idah_shi said...

macam penah dengar je Flaming Steamboat ni. seksyen 33 belah mana eh? hehe

nabila faryzza said...

idahMOMOE ,
dia lepas dr tol bukit kemuning. tepi jalan tu je, dah boleh nampak signboard flaming :)