Tuesday, November 23, 2010

kuku oh kuku

assalamualaikum :)


Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jari kita menyimpan kuku yang panjang… ha, korang belajar math kan? darab lah sendiri berapa banyak kandang babi dah korang bela. oleh itu, kawankawan, potonglah kuku anda. lepas tahu benda ni, memang aku dah serik nak simpan kuku panjang dah. jumaat je, potong. najis mughalazah babe! berat taw! tak sanggup. :l
Ustaz supani (ustaz aku masa part 3)  pun ada cakap, kalau nak tengok setan, tengok la di celahcelah kuku yang panjang. wahh! lepas ni, takpayah nak pergi rumah kosong lagi dah. tengok kat kuku panjang cukup. kann?
pesanan khidmat masyarakat, hee
Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya di jari kelingking. (sesetengah orang suka simpan kat jari kelengking. taktahu la kenapa. konon comel la tu. tolong lahhh. haha)
Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan. bayangkan mak korang uli tepung nak buat cekodok, kuku mak korang panjang. wuuuu...
DAN....bagi mereka yang masih bujang, masih anak dara, masih remaja, masih belum kahwin, *banyak lah kau punya masih eja. enough!* Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.  *psstt!! awakk! kuku kte pendek ok. takcaya, tengok niii. cewahh :)*
DOKTOR CAKAP,   Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalamnajis manusia, iaitu E-Coli. (agak lucah nama kuman ni yea. HAHA)  Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..eeuu! geli gilaaaaa..
kesimpulannya, awak-awak diluar sana, awak potong lah kuku awak tu. awak ingat lawa ke kuku awak panjang tu? yea, memang nampak tak kotor, hakikanya, try pinjam kanta pembesar yang boleh nampak kumna kat doktor, pastu aim kat kuku awak, banyak gila kuman awakk. caya lah cakap kte awak. tak tipuu.  

kalau cakap pasal kuku, mesti nak cakap pasal cincin jugakk kan. yela, kuku = jari = cincin. yeke? HAHA! sukasuki aku je kann. Sekarang ni ramai dah yang pakai cincin. Tapi ikut suka dia je nak pakai kat mana kann.
Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin,
pakailah di,
  • jari manis
  • jari kelingking (anak jari)

see! see! kte pakai kat jari manis taw . baik kan?



dan jangan memakai pada,
  • jari tengah 
  • jari telunjuk


Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
terima kasih kerana membaca. just nak kongsi dengan korang je. adios! :)

3 comments:

Anis Adila Aris said...

baru je potong kuku td.=))

nabila faryzza said...

yeah!! weyh! weyh! kte rndu ustaz supani dowh! memanggil manggil nama dye kt sini. ahkz!

Anis Adila Aris said...

haha..
aku pun selalu terbayang-bayang muka die..haha