Wednesday, November 10, 2010

pakej chicken pox bersama final exam

assalamualaikum :)
last week, aku kena chicken pox. mesti korang pikir. ek eleh budak nii, cter last week pun nak cter. HAHA! ahh, lantak la kan. blog aku. hee :))


masa hari pertama keluar bintik tu, aku terus call mama
aku : ma, eja pernah kena demam campak tak dulu?
mama : pernah, kenapa?
aku : badan eja ada bintikbintik ni, banyak sangat. risau.
mama : kau g la UK(unit kesihatan), tanya doktor.
aku : erm, jap g nak pergi la ni.
mama : ok. papehal, call mama balik.

khamis,(28oct)lepas g UK, memang aku kena chicken pox. sounds funny kan, dah besarbesar kena chicken pox. hey! kau ingt, aku nak ke? dh Allah nak bagi terima jela. redha jela. huhu. sejurus disahkan kena chicken pox, balik bilik, aku terus bukak laptop, cucuk broadband, type kt google, demam campak. & appear la statement nii, demam campak boleh bawa maut!! ouh, tidak!! aku terus klik. rupanya, bawa maut kepada budakbudak je kott. budak besar yang dah kena, tade pape kott.

exam week aku dibelengu bintikbintik merah pada badan. panas badan lagi. malam je, mesti suhu badan aku naik. memang terbaring jelaa. nak study, mana lah larat. so, aku study mana yang terlarat je laa. taktahu la cmner result aku sem ni. huaaa ;'(



&& seperti yang korang tahu lah kan, 
"Penyakit campak boleh merebak dengan begitu senang sekali iaitu melalui titisan air liur pesakit, baik semasa batuk, bersin ataupun hanya bercakap."
disebabkan ituuuuu, aku diisolatekan atau dengan nama lain, dikuarantinkan. aku jawab exam sorangsorang ouh, huhu. bosan je. tak rasa feel exam tuu.

aku ada search jugak, pantang larang ketika chicken pox ni. korang pun mesti pernah dengar jugak kan.

orang kata, minum air kelapa banyakbanyak. supaya bintikbintik campak tu keluar semua.

orang kata, lumur satu badan dengan air yang dibuat daripada beras yang direndam semalaman, dikisar halus bersama daun semambu. *mambu ke semambu, macam tu laa*

orang kata, jangan makan ayam. sebab ayam gatal & akan membuatkan kita garugaru bintikbintik campak tuu.
orang kata, jangan kena air hujan, nanti akan jadi parut.
orang kata, jangan makan kicap, kang parut tu jadi hitam.

ni semua petua orang tua lah kan.. nak caya ke tak, terpulang. sebab katakata orang doludolu kan banyak yang betul sebab dorang lebih banyak makan garam dari kte. :))
& now, chicken pox aku dah kering dan sedang melalui proses menghadapi dan menghilangkan parut. ada tips?


3 comments:

harlow baker said...

dh tua pun kena jugak ke ?

RoseNatasha said...

actually kan, lagi tua lagi teruk effect chicken pox ni. my uncle kena chicken pox hari tu, & chicken pox die spread sampai ke paru paru. chicken pox ni bahaya kalau tak pergi klinik dari awal lagi. my uncle kne masuk ICU because of the chicken pox. but skrg ni alhamdulillah, mcm miracle sbb dah sihat. :)

read entry rose ni, its about my uncle tu :
http://cikrosenatasha.blogspot.com/2010/08/hye-you-smokers.html

thanks :)

nabila faryzza said...

atiqah : chicken pox tak mengenal usia. janji, sorang akan kena sekali seumur hidup. tu term penyakit ni. :)
rose : ouh, yeke? fuhh! nasib baik kte dh kena skang. kalau takk. adeyh! makin derita.