Monday, July 18, 2011

Episod akhir "Juvana"

Assalamualaikum :)

Siapa yang tak mengikuti drama Juvana ni, korang memang silap besar la. HAHA! Sebab drama ni SANGAT best dan best SANGAT. *nampak tak penegasan kat situ? Ia menandakan, memang drama ini best!* Malam ni jangan lupa tengok episod akhir Juvana taw!


Juvana, sebuah drama yang mencatatkan jumlah penonton seramai 2.4 juta hasil kajian AC Nielsen akan menemui anda di episod terakhir, malam ini. Di episod yang lepas, Daim terdengar perbualan antara Cikgu Raja & Tony (pengawal sekolah) mengenai duit yang sepatutnya digunakan untuk pelajar, telah disonglap oleh mereka. Kemudian, Daim hilang semangat bertanding debat antara sekolah apabila mengetahui sebutan kes bunuhnya tidak sampat ke pengetahuan Dato walaupun telah memaklumkan kepada Cikgu Raja terlebih dahulu. Ekoran daripada itu, pasukan Daim mengalami kekalahan dan Daim telah dipulau oleh rakan-rakannya yang marah atas kekalahan tersebut. Daim mengalami tekanan & meluahkan kejadian tersebut kepada Cikgu Zakiah. Apabila rahsianya terbongkar, Cikgu Raja telah mengambil tindakan dengan mengurung kesemua pelajar dalam penjara. Mereka juga telah dipukul serta tak diberi makan & minum selama seminggu. Cikgu Zakiah pula dikurung dalam sebuah bilik oleh Cikgu Azmee yang bersekongkol dengan Cikgu Raja.
kesian Daim.

Teaser episod terakhir memaparkan Botak berhasrat untuk membunuh Daim demi menutup kerja jahat Cikgu Raja & Cikgu Azmee. Teaser tersebut telah membuatkan ramai peminat Juvana berspekulasikan pengakhiran drama tersebut. Antara teorinya :
  1. Daim mati dibunuh oleh Botak ketika bergelut nak bebaskan Cikgu Zakiah.
  2. Daim berjaya melepaskan diri, manakala Cikgu Zakiah menjadi mangsa kerakusan Cikgu Azmee.
  3. Daim & Cikgu Zakiah berjaya menyelamatkan diri, manakala Cikgu Raja, Cikgu Azmee & Botak telah ditahan polis. Oh, pengakhiran yang sangat cliche.
  4. Botak sebenarnya baik & bekerjasama dengan Tony untuk memerangkap Cikgu Raja & Cikgu Azmee.

Korang pula? Rasa rasa, macam mana ending drama Juvana ni? Aku rasa, Cikgu Zakiah laporkan perkara ni kepada Dato Wira dan Cikgu Raja dan Cikgu Azmee ditahan polis. Perihal Botak, aku tak boleh nak agak. Tapi boleh jadi juga Botak tu baik kan. Whatever it is, tak sabar gila nak tunggu pukul 9 malam. Lepas Buletin Utama habis je, memang aku pegang remote tv tu. HAHA :D

psst : Suka ayat Cikgu Zakiah "otak kita, kalau diasah akan menjadi tajam"
okbai! 

3 comments:

sharifahzakiah said...

cikgu zakiah mmg trbaik :D wiwiwiwi

Shaherah said...

serius x sabar nk tunggu cerita ni.. ^_^

Anonymous said...

en anon baru nak layan tonton nie ha..miss 2 episod..huhu