Tuesday, May 24, 2011

aku tengok juvana sebab aku minat zahiril adzim

Assalamulaikum :)

HAHA! slumber aku je buat statement macam tu kann. Boyfriend aku baca ni, mahu dia merajuk taknak layan aku dah. *minat je lah* :D

Best woo cerita JUVANA ni. Lagi lagi zahiril adzim yang berlakon. Laaagi la membuatkan aku melekat kat tv tiap hari Isnin, pukul 9 malam. HAHA!

Meh aku cerita sikit sinopsis cerita ni.
"cerita JUVANA ni mengisahkan seorang remaja berusia 17 tahun, Daim Yahya, yang didapati bersalah atas tuduhan membunuh ibu serta teman lelaki ibunya. Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti, sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan semula.. Budak budak dia, ish! ish! ish! memang nakal gila laaa. Aku taksuka betul watak BOTAK tu. ergh!! Tapi DAIM [lakonan Zahiril] tak jahat okay. Watak dia dalam cerita ni, asyik kena buli je. Daim menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar yang terbabit dengan kes jenayah yang serius. Raja, watak yang dibawa oleh Bront Palarae, warden yang tidak mempunyai perasaan belas kasihan enggan campur tangan dan hanya membiarkan kejadian itu terus berlaku. Tidak selamanya bernasib malang, Daim mempunyai harapan apabila Cikgu Zakiah (Izreen Azminda), satu-satunya guru wanita di situ, ditugaskan ke sekolah terbabit."

nak tahu cerita selanjutnya, kena lah tengok JUVANA. :)

tercopy paste gambar zahiril pulak! ahkz!


 First drama aku tengok zahiril adzim ni berlakon, drama MERAH PUTIH. Alaa, yang pernah ditayangkan kat tv3 dulu. Taksilap aku, tahun 2008 kot. time lepas habis SPM dulu *lama gila okayy*

okay lah, takboleh nak obses sangat. zahiril dah jadi tunang orang dah pun.

sangat sweet okay! :)
okbai! 

10 comments:

[sutera kasih] said...

kesian daim kan huhu

emeera asnary said...

sunggoh mkn dalam melihat mereka berdua begitu! *aish...

sue perbs.. said...

same la... first tngk zahiril adzim blakon dlm citer KAMI..

ahmad said...

minat citer buli2 ya,,kalau alam realiti memang berlaku

Anonymous said...

en anon juz want to says huhuhu..

nabila faryzza said...

[sutera kasih],
tu la. kesian dia, kena buli. huhu

nabila faryzza said...

emeera asnary,
haha! chill! chill! sabor je laa. hehe :)

nabila faryzza said...

sue perbs..,
ouh yeah? dlm cter KAMI, dia jadi gangster kan?

nabila faryzza said...

ahmad,
tade la minat sangat cter2 buli ni. tapi sebab zahiril punya pasal, terminat pulak. HAHA :D

nabila faryzza said...

en. anon,
hahaha! huhu je. okbai! :D