Friday, July 22, 2011

Ramadhan countdown

Assalamualaikum dan Hai! :)

Lagi berapa hari je nak puasa dah kan. Tinggal berapa hari je lagi Sya'ban akan melabuhkan tirai dan Ramadhan muncul dengan penuh keberkatan. Korang yang belum habis ganti puasa tu, cepat cepat lah ganti puasa okay.

"Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari."

Maksud puasa, semua orang tahu kan? Memang dari kecil kita dah diajar. Ape yang aku nak kongsikan disi, Selalunya kalau cakap pasal bulan Ramadhan (puasa), ape yang bermain di fikiran korang? Kalau aku, dalam keadaan nak nak puasa ni, mula la aku terfikir

Solat Sunat Terawih
Solat Sunat Terawih ni, memang umat Islam akan lakukan ketika Ramadhan je. Tapi masih ramai yang malas untuk melakukannya. Ape salahnya kita dirikan Solat Sunat Terawih ni kan. Kalau tak mampu nak buat banyak banyak raka'at, atleast 8 pun dah memadai. Aku pun selalu memang buat 8 je. #motivasi untuk diri sendiri jugak ni.

Bunga api dan mercun
encik google

Yang ni, memang tak dapat dinafikan lagi. Lebih lebih lagi kanak kanak. Aku pun pelik juga. Kenapalah musim bunga api dan mercun ni datang waktu bulan puasa je ek? Kenapa bulan lain, benda alah ni tak sepopular ketika di bulan puasa? #tertanya tanya. Adik adik, kalau awak nak main bunga api takpe. Kalau boleh elakkan main mercun. Bahaya! Korang nak raya ke taknak? #ugut ni!

Kuih tepung pelita dan gula melaka
encik google

Tak tahu la kot aku yang perasan sorang ke ape kan. Bulan puasa je, baru la aku nak layan dua kuih ni. Baru nak perasan bahawa dua kuih tu wujud. Berdasarkan pemerhatian aku, dua jenis kuih diatas akan laku ketika bulan puasa dan jarang nak nampak kalau bukan puasa. #yeke?

Berat badan berkurang
Buat masa ni, kalau ikutkan memang aku dah berpuas hati dengan berat badan aku. Tapi kalau boleh, nak la maintankan berat badan sekarang. Bagi sesiapa yang mengalami masalah berat badan #aku gemoklah dan sebagainya, bulan puasa ni la korang boleh kurangkan berat badan korang. Tapi ingat, waktu berbuka tu, jangan nak pelahap sangat. Takdapat la nak kurangkan berat badan macam tu.
encik google

Shopping raya
Cakap pasal shopping raya, memang ramai yang akan shopping sebelum raya kan. Sebelum raya, puasa. Yela, kalau shopping time raya, ape je yang tinggal. Tak banyak pilihan dah. Even, sekarang pun dah ramai yang mula shopping raya. #termasuk aku. Senang okay cari awal awal. Takde la kelam kabut nanti.
syurga membeli belah

Terlalu banyak aku nak senaraikan. Ape kata korang kongsikan pendapat korang pula. :)

psst : Di sini, aku nak ambil kesempatan untuk mengucapkan "SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA"
okbai! 

6 comments:

Anonymous said...

xsabar nak puasa..
sbb puasa serta raya kali ni amat bermakna n mb best...
dan sgt berharap ramadhan kali ni memberi satu sinar buat diriku..

anis marissa said...

dr segmen luna ..eh , thnks taw follow..
saya pown da follow anda... slmt brpuasa akan dtg

Anonymous said...

en anon xsabar nak puasa..hee
btw..kuih bulan puasa je jmpe??alorh cian..hahaha

nabila faryzza said...

Haslinda Ariffin ,
harap harap begitu laa. aminnn :)

nabila faryzza said...

Anis anak wong ,
yeap! dari segmen luna. hehe :)
thanks jugak sebab follow

nabila faryzza said...

encik anon,
saya pun tak sabar nak puasa. puasa kali ni kat rumah. yeah!! :)