Wednesday, August 17, 2011

Adoi, malunya aku!!

Assalamualaikum :)

Hari ini merupakan hari Rabu. Hari ini merupakan hari ke 17 umat Islam berpuasa. Hari ini merupakan Nuzul Quran. Hari ini orang lain cuti, aku kerja. okay! Aku jelous dengan korang korang yang bercuti tu. :P

Disebabkan hari ini merupakan hari bekerja bagi warga TEAMCOAT ENGINEERING SDN BHD #yang sepatutnya dapat cuti sebab kami Selangor, aku pun menjalankan tugas aku seperti biasa. Aku diberi arahan oleh supervisor aku untuk menghantar dokumen ke Menara DBKL. #first time pergi sana . Aku ditemani rakan praktikal yang lain, Wiza dan Mira. Perjalanan pergi, aku drive. Baliknya, Mira drive. Masing masing mengalami lenguh kaki kiri akibat bermain clutch meredah traffic jam di tengah Pusat Bandaraya. KL, takpernah tak jam. Nak nak, semalam cuti kan.
dari kiri, Mira, Eja (aku), Wiza, Dayah
Redah jam punya pasal, sampai kat Menara DBKL tu, dah pukul 3 lebih. Dalam hati, sempat tak ni? dah la Government balik pukul 4 bulan puasa. Kitorang runner laju laju. Disebabkan runner terlalu laju #mungkin , dengan yakinnya, aku menuju terus ke receptionist kat depan tu #kitorang masuk dari tepi bangunan dan bertanya,

Aku : Assalamualaikum Encik, tumpang tanya, bahagian Arkitek tingkat berapa ek?
Pak Guard : Bahagian Arkitek? Bahagian Arkitek mana tu? Menara DBKL ke?
Aku : Ha, ye encik.
Pak guard : Menara DBKL kat sebelah dik.
Aku : Ouh, yeke? Ok terima kasih Encik.


*dengan muka tembok tapi hakikatnya malu gila, kami pun berlalu meninggalkan bangunan tersebut*


Sekali masuk BANK PEMBANGUNAN daaaa. Adoi! Itu la. Masuk bangunan, tak tengok atas. HAHA! Yela, Kitorang masuk dari tepi kot. Mana nak nampak nama BANK PEMBANGUNAN tu.

ihsan Google


psst : Balik dari Menara DBKL, ingat nak singgah Kg Baru, ambil bubur lambuk. HAHA! tapi takpun. Sebab kitorang baik. Tak mengular waktu kerja. #baik lah sangat! :)
okbai!

6 comments:

Mr.B[e]ave[R] said...

huhu..senasib la kiter..yela,kerje kat KL..manew la dapt cuti tu...kerjew je la ek..tunaikan tanggung jawab

Adii Dee said...

nice!!!! pakai spek lain kali ye dik :p

Rapunzel Cikilolo said...

tak mengular time keje ke?? teet!

auny aizie said...

hahahahaaa sengal ejaaaaa

Syue said...

Hahaha laaa U kite dekat situ je. Nape dtg tak gtau? :D #Tiga-tiga bangunan tu sepesen je kan semuanya XDD

FyzaLovato said...

hehehe kalau kite pon jadi cemtu rasanya sebab sepesen plus kite jenis kalut skit. :D