Thursday, August 4, 2011

Saya bakal Non Resident UiTM

Assalamualaikum :)

Tinggal sebulan saje lagi, cuti semester aku yang sangat heaven#lama sangat ni akan berakhir. Tapi takde la terasa lamanya. Yela, sebab aku tak menikmati cuti tersebut. Tak terasa la empat bulan tu lama kan.

Semester baru dah nak mula ni. Beringat sikit eja, kau tak dapat kolej. Kau dah cari rumah sewa belum? Orang lain, awal awal lagi dah start mencari rumah sewa. Sedangkan aku, masih lagi dalam keadaan separa sedar bahawa mencari rumah sewa di sekitar Shah Alam buat masa sekarang adalah perkara yang amat sukar. Kalau ada pun, sewa mahal. Kalau ada pun, nak seorang dua. Kalau ada pun, mesti jauh punya. Aku mengaku, aku tak boleh nak survive kalau sorang sorang. Atleast, biarlah ada seorang dua yang boleh dijadikan peneman. Aku ni jenis yang pendiam di awal perkenalan dan mula akan menunjukkan identiti diri yang sebenar bila orang tu dah mula mengenali diri ini. #ini serious, tak tipu :)


mereka lah peneman aku :)
Okay, lupakanlah perihal diatas. Sebenarnya, aku dalam dilema. Aku taktahu sama ada perlu mencari rumah sewa ataupun menunggu rayuan kolej? Kalau aku nak tunggu rayuan kolej, mahu dalam seminggu dua nak kena tunggu. Persoalan yang timbul, aku nak menumpang kat mana selama seminggu tu? Pastu, bila betul betul tak dapat kolej, dah kena bersusah payah nak cari rumah sewa pula. Kalau aku mencari rumah sewa, tidak dinafikan, memang akan banyak aku berhabis untuk sewa rumah. Aigoo!!


Mama! Mama! Mama! Tolonglah aku yang sedang bingung!
#dokter cinta - dewi dewi

Okay, ternyata mama aku memberi jawapan yang sememangnya meninggalkan tanda tanya bagi aku. Mama suruh tunggu rayuan kolej. Okay finee. Nak kena tunggu berapa lama ma? Kalau ada cable #orang dalam boleh lah minta tolong.  huhu. :/

Untuk standby, aku ada lah jugak mencari rumah sewa ni. Walaupun busy, segalanya dihujung jari dah sekarang. Semalam aku cari dan ada lah jumpa orang advertise pasal mencari housemate di seksyen tujuh Shah Alam. Laju laju aku click. Nasib baik still available. Aku text member member aku, then terus confirmkan dengan orang tu.

Sesiapa yang masih mencari rumah sewa tu #area Shah Alam, boleh click dan like page Komuniti Non Resident UiTM dan pergi ke discussion untuk mengetahui kekosongan rumah sewa. #jika ada

psst : Ok, satu masalah dah settle. Masalah penangguhan PTPTN ni bila nak settle pula? ergh!!
okbai! 

7 comments:

Student uniSZA said...

nikmati cuti sepuas nya :)

p/s : ingat lagi permainan nih ?

http://cahayakeharumanku.blogspot.com/2011/08/ayat-ayat-yang-dibina-atas-kejujuran.html

Anis Adila Aris said...

masalah kan benda nie..jom duk luar terus..pastu ak payah pk dah smapai sem 6..haha

amirulhaizad said...

selamat menyewa di umah baru..;)

http://kainpelikatbiru.blogspot.com/

idah_shi said...

welcome to the club. ekeke :P
ye la eja, bese la, duduk luar kos sara hidup tinggi la sikit kan.
ape ape pun, gudluck nanti menempuhi kehidupan di luar uitm! :PP

Adzie said...

same kot dok dlm dok lua. welcome 2 the club. same2 lah naik 604 nanti ek. haha.

CXopportunities said...

yeah. kite same keadaan. huhuhu.. jemput join segmen cx's :geng UiTM by campus

Daleela said...

hehehe
ejaa, duduk dgn aku je nak??
:P