Saturday, August 13, 2011

Tips mengunjungi bazaar Ramadhan

Assalamualaikum :)

Masuk hari ini, dah masuk hari ke 13 kita berpuasa. Macam mana puasa korang? Masih penuh tak? Yang perempuan, aku faham situasi korang. Yang laki ni, penuh tak puasa korang sampai hari ke 13 ni? Kalau tak penuh tu, ermm, insaf insaf la. HAHA!

Sekarang ni bulan Ramadhan, tak sah kalau tiada bazaar Ramadhan kan? Dan tak sah juga kalau tak pergi bazaar Ramadhan. Aku akui, memang hampir setiap hari aku pergi bazaar Ramadhan. Yela, beza tapak bazaar Ramadhan dengan rumah aku, 20 langkah je. #langkah yang besar la :)

ihsan google
Disebabkan aku ni boleh dikira sebagai pelanggan tetap bazaar Ramadhan, aku nak kongsi beberapa Tips Mengunjungi Bazaar Ramadhan.

TAWAF SATU BAZAAR RAMADHAN
Jalan sampai hujung, survey dulu (kalau first time korang pergi bazaar Ramadhan tu). Kalau takut ada gerai yang terlepas, korang tawaf banyak banyak kali. Kadang kadang, penjual dia sama je macam tahun lepas, cuma disebabkan nasib, kedai pakcik tu tercampak kat hujung. So, korang tak jumpa kan. Tu yang aku sarankan suruh tawaf bazaar tu.

MENUJU GERAI YANG RAMAI GILA ORANG BERATUR
Korang pun mesti dah dapat agak tips kedua ni. Kat bazaar Ramadhan kat tempat aku, ada satu kedai murtabak ni ramai gila orang beratur. Pekerja yang buat, memang dah ckup ramai dah, sampai 6 orang. Still ramai juga orang beratur dengan sabar. Untuk menghadapi situasi ini, tahap kesabaran korang harus berada pada tahap kesabaran tertinggi. Takpun, korang pergi bazaar awal awal. Sebab gerai yang ramai orang beratur tu mesti juadahnya lazat lagi sedap hingga menjilat jari. Kalau tak sedap, tak tahu lah kan.

aku sememangnya penggemar murtabak
PERGI BAZAAR WAKTU DAH NAK DEKAT WAKTU BERBUKA
Satu lagi tips yang TERBAK! baik korang pergi bazaar waktu nak dekat berbuka. Aku jarang beli air kat bazaar. Sebab buat sendiri. Kalau terasa nak ubah selera, barulah beli air kat bazaar tu. Kalau bel air, aku suka beli dalam pukul 7 lebih macam tu. Nak tahu kenapa? Time time macam tu la, peniaga dengan bermurah hati memberikan promosi istimewa. Almaklumlah, nak perhabiskan jualan mereka. Kalau tak terjual kang, dah macam satu pembaziran pula kan. So, penjual penjual pun berlumba lumba bagi potongan harga.
BELI DUA PERCUMA SATU! Lagi best kalau BELI DUA PERCUMA LAPAN. #pergh! :D

BELI SIKIT DAN BANYAK JENIS
Kalau korang nak selamat, beli dalam kuantiti yang sedikit tapi banyak jenis. Kita kan akan cepat muak kalau makan benda yang sama. So, belilah karipap sikit, seri muka sikit, tepung pelita sikit. Ini akan dapat mengurangkan pembaziran. Kalau korang bukan jenis yang makan pelbagai jenis kuih, contoh karipap. Belilah kat gerai makcik ni sikit, makcik ni sikit. Lain orang, lain cara membuat kuih. Lain cara membuat kuih, maka lain pula rasanya. Dengan cara ini, korang boleh buat perbandingan. Esoknya, beli lah karipap dekat kedai makcik yang sedap tu.

encik google lagi

MELAWAT BAZAAR RAMADHAN DI TEMPAT LAIN
Semalam member office aku ada cakap, "Aku bosan la bazaaar Ramadhan dekat dengan Selayang Mall tu." Untuk mengelakkan rasa boring dan bosan dengan bazaar Ramadhan yang korang selalu pergi tu, ape kata korang jalan kat bazaar Ramadhan tempat lain. Kat satu kawasan perumahan tu, mesti banyak tapak bazaar Ramadhan. Tapi korang kena berjalan jauh sikit la. Mana tahu lagi banyak pilihan kan. Bak kata orang, jauh berjalan, luas permandangan. Nak tahu bazaar Ramadhan sekitar KL dan Selangor, click sini.

psst : ketika membeli juadah puasa tu, beringat ingatlah skit. Jangan terlalu mengikut nafsu. Buatnya tak habis, dah membazir. Kesian orang yang tak dapat beli sebab korang dah borong semua juadah.
okbai!

3 comments:

✿INA AINAA✿ said...

waaa...good tips..tp sy xnah bosan g bazaar..lau g bazaar sure2 byk duit melayang..hahaha..nic!!!!

Far8 budak baik said...

tu ar..aku menjual kat bazar..
jadi selalu last last baru beli..
time tulahhh..dyorg masing
nk murah kn harga...
aku pun beli..
seyes jimat..
hahahaha

sueMUNCET said...

hye my follower! saya ada buat contest.. kalau minat sila la join okey!

http://suemuncet.blogspot.com/2011/08/contest-saya-dan-makanan-dari-blog.html