Tuesday, September 6, 2011

check list sebelum masuk semester baru

Assalamualaikum :)

Pejam celik, pejam celik, dah nak habis dah cuti semester. Awal awal dulu, terasa "lamanya empat bulan". Dah nak masuk balik ni, lain pula ceritanya. "alaaa, sekejapnya dah empat bulan."  Nak taknak, kau kena terima hakikat cuti kau dah habis.

"Ape macam cuti?"
"Cuti sudah habis bro!"

Okay! rakan rakan sekalian, moh la kita pack barang nak balik ke sarang kampus. Jangan nak bermalas malas. Jom ambil mood kampus dulu bagi mendatangkan mood korang untuk berkemas.

Assignment dan drawing
Fakulti tercinta. FSPU (Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur)
Baju batik UiTM
Amacam? Lepas tak rindu korang terhadap suasana di kampus? Dah datang mood nak balik kampus? HAHA :D

Seriously, aku pun malas sebenarnya nak kemas barang. Ditambah pula rayuan kolej aku masih diproses. So, aku pack barang sikit sikit je. Cukup la untuk seminggu. Rumah dah dekat kan, takde hal lah nak balik setiap minggu. Selayang - Shah Alam satu jam je. :)

Dalam masa seminggu ni la aku kena uruskan semua. Buat inilah, itulah. Supaya tak menggelabah bila dah start sem nanti. Jom check ape yang korang patut buat sebelum balik kampus.

BAYAR YURAN IPT

Aku dah!

Macam sem sem yang lepas. Duit yuran aku ditolak melalui pinjaman PTPTN je. Tapi disebabkan aku baru apply PTPTN untuk degree, maka terpaksalah aku guna duit raya aku untuk bayar yuran IPT. #banyak betul duit raya sampai rm490 kan. Duit raya + duit simpanan yang memang sedia ada dalam akaun bank aku. Korang jangan lupa bayar yuran pula. Karang masalah pula! So, bayar yuran IPT korang cepat. Sekarang semua dihujung jari. Pembayaran boleh dibuat di machine ATM. #tapi bukan cash deposit tahu!


APPLY PTPTN
#kalau korang rasa perlu


Apply PTPTN pun aku dah!

Bercerita pasal PTPTN ni, adoi! Memang merunsingkan kepala betul! Bukan aku je, kawan kawan yang lain pun sama. Orang ni cakap kena buat penangguhan. Orang tu cakap takpayah buat penangguhan. Aku dah taktahu nak dengar cakap siapa. Bawa bawa bersabar lah eja oi! Kau yang decide nak amik fast track kan. Leceh la sikit urusan PTPTN kau! #ye, aku tengah sabar la ni. Kalau aku tak pinjam PTPTN, mana aku nak cekau duit kan. Kan best KALAU aku anak orang kaya. Takpayah pening pening nak pikir masalah PTPTN ni. "Bapak aku banyak duit!". KALAU lah kan. Cerita pasal KALAU, kambing pun boleh terbang. #ehyeke?


PACK BARANG BARANG


ihsan Google
Yang ketiga ni, aku tahu ianya sesuatu yang amat memeritkan. Malas la, tak puas cuti la. Macam macam lagi la. Aku dah kemas la sikit sikit. Perempuan, tak lengkap kalau hanya satu beg besar. Mesti akan ada beg beg lain. Baju kurung je dah satu beg. Belum lagi tudung, anak tudung. Kalau boleh, satu rumah nak bawa. Harap maklum okay! So, jangan tanya la kenapa perempuan bawa beg besar dan banyak. Bagi aku, kali ni, memang aku bersederhana. Cukup dengan membawa satu beg. Minggu depan, baru angkut semua barang aku.


SEDIAKAN GAMBAR PASSPORT SEBANYAK MUNGKIN
HAHA! comel je budak ni. #masih lagi ihsan Google
Lagi lagi korang yang dapat asrama tu. Korang kena ready gambar passport. Atleast dalam 10 keping. Hamek kau! Senang. Orang cakap, biar berlebih, jangan terkurang. Yela, untuk kad aktiviti la, untuk simpanan pejabat la, untuk simpanan Penasihat Akademi la & banyak lagi la. Mana la tahu kan. So, prepare je banyak banyak.




SUSUN JADUAL KELAS

time table class aku untuk next sem. Kan bagus kalau class hari Jumaat tu dibawa ke hari Rabu.
Dalam laman web UiTM, dia bagi berterabur. So, student dia kena cari dan susun sendiri. Memang awal awal lagi UiTM dah bagi assignment kan. Nasib baik tak susah mana. Kalau bab bab menyusun jadual ni, kawan aku Anis Adila rajin la. Dia yang tolong susunkan jadual untuk kitorang. Thanks Anis.
Jam kredit untuk sem ni memang banyak. Belajar, makin lama makin susah. ye dok? Dengan MUET nya lagi. Third language nya lagi. Semoga sem ni, aku menjadi lebih bersemangat untuk belajar. Aminn. Tapi cuak pun ada jugak. Yela, sem akan datang, kami akan sekelas dengan akak akak dan abang abang yang mempunyai segulung diploma.

psst : buat masa ni, itu je la yang aku dah settlekan. Ke, ada benda lain lagi yang aku terlupa?
okbai!

9 comments:

Unknown said...

slmt belajar.. :)

Anonymous said...

rilek la... jadual sem perlu buat bile dah nak final exam. haha

Marina said...

selamat belajar...

Anis Adila Aris said...

Rasa macam malas lak nak masuk u nie...
dengan masalah yg mnghimpitnye..haha..
xde semangat langsung

Anonymous said...

alamak!lpe lak budak diploma masuk sem depan..adeh,,lagi la susah nak blaja (-. - )!

Unknown said...

selamat belajar dik...semoga success selalu...

anismelon said...

selamt kembali..hehehe...cari mood banyak banyak..jgn malas malas tau..:)

ehana said...

bile bce entry ni sy cube bersemangat..:(

cik azeya said...

esok dah kne balik. selamat belajar dengan tekun. :)