Sunday, October 9, 2011

Tips mengetahui ke"ORIGINAL"an handphone

Assalamualaikum :)

Korang! Korang pakai handphone ape? Aku biasa biasa je, NOKIA E5. Sebenarnya teringin nak pakai iPhone (telefon saya). Takpun Galaxy SII yang ada aplikasi android (dandroid) ke, Blackberry (BBM pin pleaseee) ke. Haish! Tapi apakan daya. Semua itu hanyalah mimpi. Memang! Manusia tak akan pernah puas dengan ape yang dia ada. Termasuklah aku. Nokia E5 tu taksampai setahun, aku dah berangan nak tukar yang lain. Cuba belajar setia, boleh tak? #marah diri sendiri. HAHA!

#DuluKini 
Dulu, orang akan mengagumi sesiapa yang memiliki telefon bimbit.
Kini, orang akan merasa pelik sekiranya korang tidak memiliki telefon bimbit.
#DuluKini
Dulu, telefon bimbit merupakan barangan kehendak.
Kini, telefon bimbit merupakan barangan keperluan.

ihsan Google - Handphone makin lama makin canggih

Kebiasaanya, kalau demand dah tinggi, harga akan menurun. Dan pasti ramai yang nak dapatkan handphone dengan harga yang murah. And yess! Korang kena pandai cari tempat. Selalunya, orang ramai akan ke Plaza Lowyat untuk mencari alat alat gadget seperti telefon bimbit dan sebagainya. Tapi tak bermaksud kedai lain tak elok. Elok je, cuma korang kena berjaga jaga la. Aku nak ingatkan korang, kalau nak beli something tu, eloklah usha usha 3, 4 kedai dulu. Then, buat comparison harga. Ada setengah kedai menawarkan harga yang terlalu murah, dan ada juga yang ingin mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda. So, jangan tertipu dah la.

Kalau korang pergi kedai yang harga dia memang murah gila tu, kemungkinan besar dia jual barang yang tak berapa nak elok. Korang pasti pernah dengar handphone CHINA kan? Dan korang pun tahu handphone tu tak ori kan? Tulis je NOKIA, tapi sebenarnya diciplak. Tulis je SONY ERICSSON, tapi sebenarnya tiruan. Tapi kalau orang yang betul betul naif pasal teknologi sekarang ni, dorang main beli je. Tapi aku agak, semua orang dah mahir bab bab memilih handphone ni.

So, aku nak kongsi tips macam mana nak tahu korang punya handphone tu original ke tak. Tapi aku rasa cara ini sesuai digunakan selepas membeli. Ntah la, taksure cara ni korang boleh pakai sebelum membeli handphone tu ke tak. Rasanya boleh kot. Kalau tak boleh jugak, slumber je la. HAHA :D

sila lah type kat handfon *#06#

then akan keluar IMEI [ International Mobile Equipment Identity]
semak nombor IMEI handphone korang di kedudukan 7 dan 8... contoh : 358671017470473...kedudukan ke 7 dan 8 ialah ******01*******utk semak ori ke x handfon tu...let's check it out:
02 or 20 : dari China = LOW QUALITY
08 or 80: dari Germany = FAIR QUALITY
01 or 10: dari Finland = VERY GOOD
03 or 04: dari kilang asal handphone = BEST MOBILE QUALITY
13 : dari azerbaijan =VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH


Aku dapat info ni pun dari kawan aku.


handphone aku 03, which is dari kilang asal handphone


psst : Sesiapa yang dah terbeli handphone tak original tu, berwaspada la lepas ni ea? #pesanankhidmatmasyarakat
kbai!

5 comments:

Abang Karu said...

saya punya 04 ^_^

Abang Karu said...

saya punya 04 ^_^

Unknown said...

nice info,bru thu nset aku ori..thanx for sharing!

Unknown said...

bru aku thu nset aku ori,thanx 4 sharing..nice info!

Anonymous said...

<05 cam ner pulak??>