Saturday, November 5, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera :)

Currently di Selayangku Sayang di mana aku berada di Rumahku Syurgaku sambil telinga mendengar takbir raya yang dilaungkan di surau kawasan perumahan aku ini menandakan esok raya.

Yeah! Esok raya! Esok raya!
*tahap excited harus sama dengan excited sambut Aidilfitri*


Kalau Hari Raya Aidilfitri,
Esok nak raya, malam ni dah pakat tukar langsir baru semua.
Tapi Hari Raya Aidiladha,
Esok nak raya, malam ni takde buat ape ape pun.

Kalau Hari Raya Aidilftri,
Kanak kanak seronok sebab dapat duit raya.
Tapi Hari Raya Aidiladha,
Kanak kanak seronok sebab dapat main dengan lembu. *tipu la kalau zaman kanak kanak korang, korang tak batak tengok lembu*

Kalau Hari Raya Aidilfitri,
Pagi raya mesti ada sesi menangkap gambar.
Tapi Hari Raya Aidiladha,
Ada sesi menangkap ape? Sudah tentu menangkap lembu.

Kalau Hari Raya Aidilfitri,
Akan ada pengagihan duit raya.
tapi kalau Hari Raya Aidiladha,
Akan ada pengagihan daging korban.

Kalau Hari Raya Aidilfitri,
Baju raya mesti nak yang baru punya.
Tapi Hari raya Aidiladha,
Pakai baju raya aidilfitri pun takde hal punya.

Walaupun begitu, kedua keduanya tetap HARI RAYA dan ucapan
SELAMAT HARI RAYA tetap akan diucapkan.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA saya ucapkan kepada yang mengenali diri ini. Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan mendapat keredhaan Allah S.W.T

psst : Semoga jemaah haji selamat pergi dan selamat juga pulang ke tanah air masing masing. InsyaAllah :)
okbai!

4 comments:

| cik azeya | said...

selamat hari raye yunk :)

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

salam aidil adha gak.. =)

nub said...

slamat korbannn!! =)

teeha said...

selamat hari rayeee :)