"Seminggu sebelum Final Exam adalah masa yang sesuai untuk berjimba dan berfoya foya." (Nabila Faryzza, 2011)
*takboleh blah, siap dengan citation lagi tu.* HAHA :D
Yeah! Lagi seminggu je lecture, lepas tu habis sudah semester 3. Actually belum habis lagi selagi tak habis exam. Okay, ya ya ya! Lepas habis lecture, FINAL EXAMINATION. Lepas tu SEMESTER BREAK Oh, takboleh nak menikmati cuti sangat. Cuti semester kali ni aku kena menjalani latihan paktikal. #sigh
Minggu lepas, aku dengan some of my classmate, *hanya some sebab yang lain tak sporting* HAHA! #sukasuki pergi ke Berjaya Times Square Theme Park. Seronok! Walaupun dah berkali berkali mencapub kat Times Square tu, ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke Berjaya Times Square Theme Park atau lebih sinonim dengan Cosmo's World .
Promoter Berjaya Times Square Theme park |
Harga tiket masuk |
Nasib baik la poket aku tengah ada duit. So, RM37 tu apelah sangat kan. acehh! Poyo gila. HAHA! Lagipun bukan selalu , ditambah pula ini merupakan kali pertama aku. Boleh dikatakan berbaloi lah jugak.
The Boys ! |
The Girls ! |
Okay! Tiba masanya untuk memulakan misi perut berkocak dan kepala berpinar. HAHA!
Spinning Orbit - Ihsam Google |
Permainan first yang kitorang naik ialah Spinning Orbit. Dengar nama pun dah spinning, mesti la berpusing. Macam naik buaian je rasa dia. Tapi buaian yang berpusing. Korang boleh menikmati permandangan dari atas dan merasa angin yang sepoi sepoi bahasa. Pening ke? erm, boleh la. Pening lah jugak. Tapi permainan ni takdelah adventure sangat. #berlagak
Next, kami mencuba permainan Space Attack pula. Budak budak ni panggil "Gunting". #punboleh Permainan ni, boleh dikatakan permainan kedua mencabar dan gerun dalam Berjaya Times Square Theme Park tu. Bagi aku la. Bagi orang lain taktahu lah kan. Menjerit tak berhenti aku naik Space Attack ni. Mana taknya, ianya berputar 360 darjah.
berpusing 360 darjah - Ihsan Google |
Masing masing semua dah pening pening *pembawakan budak katanya*. So, kitorang decide nak main permainan yang ringan ringan je sebelum meneruskan permain yang lebih mencabar. HAHA! Kitorang main Bumper Car. Memang fun la main langgar langgar kan. Tak pening tak ape.
Selepas itu, kami mencuba permainan yang tak berhenti menjerit yang seterusnya, iaitu Supersonic Odyssey atau lebih dikenali sebagai Roller Coaster. Supersonic Odyssey ni tidaklah segerun Roller Coaster kat Genting Highland dan tidaklah lama macam kat Genting Highland. So, kalau korang boleh naik Roller Coaster kat Genting, korang pun boleh naik Supersonic Odyssey ni.
masih lagi ihsan Google |
Kalau korang datang ke Berjaya Times Square Theme Park, jangan lupa mencuba Ooort’s Express. Kitorang panggil permainan ni sebagai "Ombak" *penangan Ombak Rindu lettew* sebab dia berpusing sangat laju dan bentuk dia beralun seakan akan ombak. Memang berangin gila naik benda ni.
Pukul 2.30 kitorang berhenti sekejap dan mengisi perut masing masing dan window shopping di Berjaya Times Square. Ini bertujuan bagi merehatkan perut dan kepala. HAHA! #ayat nak best je. Lepas tu, kitorang sambung semula bermain permainan yang belum dicuba. Kalau boleh, semua permainan dalam Theme Park tu kitorang nak main. :)
Masuk kali kedua, kitorang main lagi sekali. HAHA! Main sampai puas.
Monorail |
Mainan budak budak pun jadi. HAHA! :D |
Sebelum balik last game kitorang naik, DNA Mixer. Pergh! Memang ranking teratas, permainan yang paling menguji perut dan kepala. Pusing kaw! kaw! punya! Dah la kitorang main benda alah tu lepas makan. Memang terbaik laa. Nasib baik tak keluar Big Mac, Prosperity burger etc. Kalau tak, jenuh pekerja kat situ nak mop lantai. DNA Mixer juga berputar 360 darjah sama seperti Space Attack. Tetapi ianya lebih mencabar! Cuba lah kalau berani!
yang berani dan masih bertahan. :) |
psst : Dah alang alang masuk & bayar mahal, rugilah kalau tak merasa semua permainan. Kan? kan? :)
okbai!
8 comments:
macam rugi giler tak join...arggghhh
menda yang macam ombak rindu tu haritu kitorang pergi lama gila dia pusing, dalam 10min ada.
rasa nak tercampak. haha
eh boleh keluar masuk free ke?
sekali baya bole main sume game eh..
bes gila tapi takut r haha
Anis Adila Aris ,
tu la kau! rugi weyh! hehe
idahMOMOE ,
HAHA! mmg kak. benda tu lama. dah la laju gila. yeap! boleh keluar, ckp la nk g makan. tapi jangan buka tiket kt tgn tu la. nak masuk balik nanti dia scan lagi sekali
cik najihah ,
a'ah! semua game boleh main. nak main banyak banyak kali pun takpe. serious best! :D
patot lah anis xdek..hehe
nak pegi jgak lah...poket kering cm mane woooo....
Evendo dah dekat nampuluhlapan ratos kali masuk Times Square tak pernah sekali MTT masuk theme park kat situ. Hehe :P
Post a Comment