Thursday, December 15, 2011

Money Drop Permainan yang Sangat Menguji Minda

 Assalamualaikum :)

Korang pernah tengok Money Drop? Alaa, rancangan kat Astro Ria, setiap hari Sabtu dan Ahad pukul 10 malam tu. Tawaran RM1,000,000.00 yang diberikan tu memang nampak lumayan kan?

RM1,000,000.00 ! 
Banyak tuuu !

Tapi, terfikirkah anda? Bahawa nak menang dan membawa pulang RM1,000,000.00 tu bukan perkara yang mudah. Korang seharusnya mempunyai pengetahun am yang SANGAT luas. Okay, nampak penegasan kat situ? SANGAT okay! Barulah harapan nak bawa pulang RM1,000,000.00 tu menjadi kenyataan.

Korang rasa korang punya pengetahuan am dah cukup luas? Jom try Game Online Money Drop. Layan jugak game ni. Encik chenta hati la ni yang pengaruh aku ajak main game ni. Best, sebab soalan dia seeenang sangat. Okay, aku tipu. kiki. Soalan dia agak mencabar la. Soalan awal awal, dah hilang RM1,000,000 aku. HAHA! *nampak la aku punya pengetahuan am tak cukup luas*

Tapi disebabkan aku nak jugak habiskan ke lapan lapan soalan, *walaupun tak menang duit betul* aku main banyak banyak kali. Nampak tak kegigihan aku kat situ? HAHA! #takbolehblah

memang tak lah aku nak tahu filem arahan M.Nasir. Bukan zaman aku
Nasib baik aku laburkan separuh duit aku kat jawapan MERAH
Sejarah babe! Nasib baik aku ingat lagi.
aku tak sure whether it is KANTONIS atau MANDARIN. HAHA! 


Aku teruskan membawa wang #bayangan@khayalan RM380,000 tu sehinggan soalan kelapan. Wow! kalau main betul betul ni, AKU KAYO! TAPI, nak bertahan sampai soalan kelapan tu pun, setelah berkali kali main. #takaci HAHA :D


psst : Kalau rasa rasa yakin boleh jawab, apa lagi. Try la masuk betul betul. Untung untung boleh menang SEJUTA RINGGIT MALAYSIA. Boleh terus kahwin #gatal
okbai!

3 comments:

Anis Adila Aris said...

baru nak mintak link..
habis la malam ni entah kemana constech aku, main binatang nie

Thania Ismail said...

hahahahaa...
rezeki terpijak.,,..
nak test laa gak main..
hehehe
leyh bagi duit tuh at sidia, hahahaha

Anonymous said...

en anon says!!nsib baek ade remarks yg chenta hati yg bg taw game nie..hee