Friday, December 30, 2011

MyKad Tampil dengan Wajah Baru bermula 2012

Assalamualaikum :)

Tadi tengah duduk santai bersama family sambil tengok Buletin Utama, aku tertarik dengan berita Wajah Baru Mykad ini.

Pakcik Google

Mulai 3 Januari 2012, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru yang dipertingkatkan dengan ciri ciri keselamatannya serta tahap kualitinya. MyKad baru itu dikatakan dapat menangani isu pemalsuan MyKad serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanannya terutama berkenaan kualiti cip yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak.

Struktur baru MyKad yang baru ini dikeluarkan kepada pemohon baru manakala pemegang MyKad lama digalakkan menukar kepada MyKad baru. Hanya satu hari diperlukan bagi pengeluaran di 15 cawangan utama manakala di cawangan lain, tempohnya antara 10 hingga 30 hari bekerja. So, siapa yang tak tukar MyKad korang lagi, ataupun korang rasa MyKad korang dah rosak, cip rosak ke, bawa bawalah tukar yang baru. Bayaran yang dikenakan sama seperti tahun tahun sebelumnya dimana tiada caj tambahan dikenakan.

MyKad baru ini memiliki 13 ciri keselamatan berbanding 6 ciri yang terdapat pada MyKad yang lama. Selain menangani masalah kualiti MyKad, ia juga bertujuan mengekang aktiviti pemalsuan.


Antara ciri keselamatan yang menarik,

Dulu satu gambar, sekarang ada dua. Satu besar dan satu kecil (ghost image). Di bawah gambar pula terdapat no kad pengenalan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. *wahh, memang unsur ghost betul ni. HAHA!* 
Dari segi rekabentuknya pula, MyKad yang baru ini diperbuat daripada bahan polikarbonat dan cip baru lebih tahan lama. Harap-harap lepas ni takde la masalah cip rosak lagi kan. 
MyKad terbaru ini juga tampil dengan teknologi tulisan laser pada permukaan kad. Mykad baru mengekalkan ciri aplikasi sedia ada dan pelbagai guna.

credit to : blog Naniey

psst : Haritu Duit baru, sekarang MyKad baru pula. Wahh, memang zaman Transformasi. Memang sesuai Datuk Seri Najib Razak digelar Bapa Transformasi. :)
okbai!

4 comments:

Abang Karu said...

like2.. >_<

Rin Saharina said...

nak tukar mycard baru la.mycard lme dah terkopak sna sini.hihi :)

farah jalikha said...

mari join Segmen Pertama Farah Alias..! Need ur support!

http://coretanharapan.blogspot.com/2011/12/1st-segmen-by-farah-alias-lagu-pilihan.html

nabila faryzza said...

Karukord Jagau's ,
thanks! hee :)

saharinasaharudin ,
tukar je la yang baru. dah alang alang kan.