Thursday, January 19, 2012

Empat maut dalam kemalangan ngeri di Terengganu

Assalamualaikum :)

Lepag maghrib semalam, aku dapat text dari kawan aku, Zamir
"Salam, kawan kita Nor Azni b Mat Jusoh telah kembali ke Rahmatullah petang tadi kerana accident. Sama sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah" Innalillah. 
Gambar diambil semasa site visit di Ipoh

Kalau nak ikutkan, memang aku kenal lah Azni ni sebab kami pernah sekelas masa diploma di Sri Iskandar dulu. Azni ni memang seorang yang pemalu. Kalau aku tak sekelas dengan dia, mungkin aku juga tak kenal dia. Aku difahamkan *melalui kawan kawan lain yang bercerita*, semester ini arwah menjalani Latihan Praktikal dan kemalangan berlaku ketika Azni dan majikannya, Mohd Zaini dalam perjalanan pulang dari mesyuarat. Ajal maut ditangan Tuhan kan, Allah lebih sayangkan dia.

Berdasarkan berita Kemalangan Ngeri yang aku baca, kemalangan ngeri tersebut mengakibatkan 4 orang maut manakala seorang lagi terselamat.  Betul la orang cakap, malang tak berbau. Walaupun kita dah cukup berhati hati bawa kereta pun, kalau Allah nak tarik nyawa kita, Allah akan tunaikan. Takdir Tuhan. Kita takboleh nak lawan.


psst : Al-Fatihah buat arwah sahabat kami, Nor Azni . Semoga Allah merahmatimu dan ditempatkan bersama golongan orang orang yang beriman.
okbai!

2 comments:

ehana said...

al-Fatihah.....:'(

cik najihah said...

al fatihah..salam takziah