Monday, January 23, 2012

Membeli belah di kedai buku Popular

Assalamualaikum :)

Masih ingat lagi entri Baucer Buku 1 Malaysia yang pernah aku update dulu? Okay, rasanya semua dah ambil dari IPT masing masing kan. Amacam? Korang dah start berbelanja menggunakan Baucer tu belum? Aku dah pakai. tapi separuh je la. :)

Google image
Disebabkan Selayang Mall yang berdekatan dengan rumah aku tu ada satu je kedai buku, iaitu kedai buku POPULAR, so aku shopping kat situ je la. hehe. Zaman sekolah dulu, memang aku kerap dan selalu sangat pergi kedai buku POPULAR kalau nak beli buku rujukan semua. Tapi dah masuk zaman universiti ni, dah jarang dah pergi sebab kedai buku POPULAR tu tiada buku berkenaan dengan Construction. Tambahan pula, memang jarang la nak jumpa buku-buku untuk tahap universiti di kedai buku POPULAR.

#darikiri 2 fail berwarna purple dan biru *favourite colour* , 4 buah buku setem , test pad , 2 sticky note , 1 mechanical pencil , 1 pembaris , 4 batang highlighter pelbagai warna

Aku ni pula jenis yang tak berapa nak gemar baca novel. Itu yang aku tak beli novel tu. HAHA! Tapi aku mencari jugak TERFAKTAB, takde pula jual kat POPULAR. So, aku beli alat tulis je la. Mesti korang terperanjat kan, ape jadah beli buku setem sampai 4, eja woi!! :D
Well, disebabkan aku anak yang baik, aku belikan mama aku yang sememangnya GILA SETEM. Nampak tak? Sampai 4 okay !

Ouh, ya. By the way, jangan lupa bawa IC dan kad pelajar sebab masa kat kaunter pembayaran nanti, orang tu minta kad pelajar dan IC. Dan pastikan baucer korang, dah tertulis nama dan nombor IC. Okay, selamat menggunakan baucer :)

psst : Baki RM100 aku nak jalan kat MPH pula. Agak agak mana nak cari TERFAKTAB ek?
okbai!

7 comments:

Anonymous said...

xbgtaw pun en anon dah guna baucar nie..huhu

ehana said...

macam xsampai seratus jek.......:P

narumi sakura said...

gile bnyak buku stem..memng hari tu g popular tak banyak buku tuk civil ade..kt Kinokuniya banyk tapi mahl lak lebih rm2++ T^T

nabila faryzza said...

en anon,
hello ! dah bgtahu laa. eleh!

nabila faryzza said...

ehana ,
sampai la ana. buku setem, sebuah rm17. 4 buah dh rm68.

nabila faryzza said...

narumi sakura,
kan? kan? buku utk course construction ni mmg mahal. kalau beli pakai baucer pun boleh dapat 1 je.

Thania Ismail said...

nampak mcm tak smpai seratus..
sdgkan... baru macam tuh daa seratus daa an.. skit jerk benda harga besar..
n tak tau nak beli apa..