Thursday, January 26, 2012

Quantity Surveying : Ukur Bahan

Assalamualaikum :)

A : Eja, dekat UiTM ambil kursus apa?
B : Ukur Bahan.
A : Ouh.
B : Nasib baik tahu ape tu Ukur Bahan *dalam hati*
A : Nanti senang la nak kahwin, dah pandai gubah bunga semua.
B : Eh! Tak! Tak! Bukan guBAHAN, tapi ukur BAHAN
A : Ukur Bahan? Ape tu?
B : Quantity Surveying.
A : Ha? *Lagilah tak faham*

Mungkin masih ramai yang tidak tahu apa itu Quantity Surveying ataupun Ukur Bahan kerana populariti Arkitek atau Jurutera dilihat lebih menyerlah berbanding dengan Juruukur Bahan yang kurang menonjol. Kalau korang cakap Engineer ke, Arkitek ke, mesti dorang faham kan? Walaupun kurang menonjol, tetapi juruukur bahan berperanan penting dalam menjayakan sesebuah projek pembinaan. Juruukur Bahan banyak terbabit secara langsung dalam pengurusan kewangan dan kontrak binaan bermula dari awal sehingga peringkat penyelesaian akaun muktamad. Kiranya, boleh dikategorikan sebagai Akauntan lah, tetapi Akauntan bangunan. #lebihkurang


Tapi, ramai juga yang tahu apa itu Quantity Surveying. Cakap je QS. Dorang akan balas, Ouh..Quantity Surveying.





Bagi menjawab persoalan diatas, aku ni bukanlah nak berlagak pandai. Disebabkan aku ni belajar pun tak habis. Diploma pun takde lagi, aku akan jawab berdasarkan pengalaman aku sebagai seorang pelajar. 

Susah ke kursus Quantity Surveying?
Okay, nak kata susah, takde lah sangat. Nak kata senang pun takboleh jugak sebab kadang kadang susah jugak. Bagi aku, senang 65%, susah 35% #rasanya . Macam aku, dari sekolah teknik lagi dah didedahkan sedikit pasal Quantity Surveying. #budakcivil . Tapi kawan kawan aku, ada je yang dari bidang lain sambung Quantity Surveying. Rileks je. Boleh je score setiap semester. Ramai jugak kawan kawan aku, Quantity Surveying ni bukan kursus pilihan pertama atau kedua dorang masa isi UPU. Boleh je dorang survive sampai sekarang. Means, takde la susah mana kan?

Cara Pembelajaran? Okay?
So far, okay je. Tapi seriously cara pembelajaran diploma dan degree lain. Diploma, lecturer akan bagi sebanyak mana notes kat korang. Tapi degree, korang kena survive sendiri cari notes. Kena ringan mulut la minta notes kat lecturer. Kalau exam pula, untuk degree ni, korang punya explaination tu mesti nak kena lebih. Assignment pula, banyak yang berkumpulan. So, korang takpayah risau. Cuma kena pandai pilih team. Jangan terpilih yang "sleeping partner" sudahlah. Dah terlibat dalam bidang pembinaan, assignment yang memerlukan korang pergi site visit tu memang ada. Kenalah tahan panas sikit. kiki. Ouh ya, ada juga lecturer yang menggalakkan student memakai Microsoft Excel. Macam lecturer aku, dia suruh kitorang take off pakai Microsoft Excel. Nak kerja nanti senang.

That's why aku makin gelap sekarang

Pelan pengajian bagi kursus Quantity Surveying, macam mana pula?
Pelan pengajian? Ouh, kalau nak ikutkan Sebab ada certain subjek yang memang kita belajar setiap semester. Contoh, Measurement of Construction Works dan Construction Technology. Memang setiap semester korang akan menghadap dua subjek ni. Kira subjek core la. Lagi lagi Measurement, memang kena score sebab ianya 4 jam kredit. Kalau tak dapat score, memang effect result kita.

Measurement of Construction Works
Korang akan belajar macam mana nak take off *total up* berapa banyak bahan nak kena guna dan berapa pula harga untuk bahan yang akan digunakan. It just a simple calculation. Tambah tolak darab bahagi. Serious aku taktipu. Cuma korang kena pandai baca drawing la. :)

Kena pandai baca drawing
Construction Technology
Ianya subjek yang akan memperkenalkan korang dengan struktur pembinaan dan yang berkaitan dengan pembinaan. Contohnya, pintu, tingkap, bumbung, column, beam dan pembinaan IBS yang semakin banyak digunakan di Malaysia (pembinaan siap dan pasang) dan sebagainya. Korang belajar, korang akan tahu.

Building Services
Subjek ni pula, korang akan didedahkan dengan servis yang terdapat dalam sesebuah bangunan seperti aircond, plumbing system, escalator dan sebagainya.

Construction Law
 Macam biasa la, kita duduk kat Malaysia mesti ada law. Dalam bidang pembinaan pun ada law tersendiri. Hendak tak hendak, kena belajar.

Lawatan ke Istana Kehakiman
Construction Economics
Subjek ni penting. Yela, bakal Quantity Surveyor mesti la kena tahu keadaan ekonomi semasa, kalau tak macam mana nak tahu harga terkini bahan bahan kan. Kalau korang nak tahu, individu terawal yang akan tahu harga/nilai sesebuah bangunan itu adalah Quantity Surveyor, sebab Quantity Surveyor bertanggungjawab untuk menyediakan kajian sama ada projek itu mampu memberi keuntungan atau sebaliknya.

Bilik tak bersepah dengan drawing, bukan student QS la tu :D
Sebenarnya ada lagi. Tapi apa yang aku terangkan tu dah cukup membantu rasanya. #yeke? 

credit to , Ukur Bahan

psst : Maaf entri kali terlampau panjang. hee :)
okbai!

45 comments:

aenmard said...

fariza, thank you sangat. tibe2 rase confident betul nak apply QS nih. kalau ade rezeki dapat sambung degree QS nanti, simpankan notes ehh.

alahai..terfames sekejap kat blog orang.:)

Nik Evi said...

dlu terfikir jugak nk amik QS. tp x jd :P

hamzah ian said...

kat kolej aku ramai budak engineering tukar masuk QS ni..

idahMOMOE said...

bagus entry ni.. hehe thumbs up :D

Anis Adila Aris said...

dialog yg kat atas tu mmg selalu kena..ade ke patut ambik gubahan...eee...

lepas ni kalau org tnye psal QS, suh rujuk entry nie je la..haha

♥ Cik Zack's ♥ said...

Pheww susah jugak eh ? Hebat ah korang ni :))

Gudluck ! Gudluckkk !!

a little less conversation said...

tau psl qs pn pas abg amik kos ni..huhu..selain qs ade gak dipanggil sbg estimator cth cm bidang o&g..skop kerja lebih kurang gak la..ye dwg kne power gak la nk tgk ye tak, tmbh2 yg jenis berlapis2..mmg kelabu mata ye tak..haha

Cik Rose Cute said...

Salam...Follow sini...

narumi sakura said...

hahaha gubah bungga x thn..gud luck for ur stdy gurlz :)

nabila faryzza said...

aenmard ,
simpankan notes? insyaAllah, kalau ada lagi notes notes tu. hehe :)

nabila faryzza said...

Nik Evi ,
Laa, kenapa tak jadi plak?

nabila faryzza said...

hamzah ian ,
seriously? HAHA! QS lebih senang dari engineering. ngee :)

nabila faryzza said...

idahMOMOE ,
hehe. thanks senior ! :)

nabila faryzza said...

Anis Adila Aris ,
HAHA! tahan gelak je bila org ckp cmtu. tp betul gak tu, amik gubahan senang nak kahwin nanti. :D

nabila faryzza said...

♥ Cik Zack's ♥ ,
susah ea? erm, alah bisa tegal biasa. takde benda senang dalam dunia ni. nak taknak kena ngadap jugaklah . hehe

nabila faryzza said...

a little less conversation ,
ha, drawing yang berlapis lapis tu mmg boleh buatkan mata kelabu. :O

nabila faryzza said...

narumi sakura ,
hahaha. tu la tu, gubahan bunga pulak perginya. ok, thanks! :)

Iffah Afeefah said...

xnk paham bole tak

mcm susa je course ni

mgkin sbb tak mnt

nabila faryzza said...

Iffah Afeefah ,
haha! taknak faham? its okay! saje berkongsi. :)

vico panas said...

hihi pagi tadi ade sorg kakak dr uitm syor kn pohon course ni kat upu..winkwink search sal ni ...terjumpa jugak info sal qs ..tq bebanyak eyh.=.=' spm keluar rabu t..navez2

Anonymous said...

gubahan, kumbahan, biasele tu org xtau...


btw, xyah la jadi qs.. hehe .. hidup merana xde life

- keluhan seorang qs.

enni said...

knp????? jd qs ni x da life ke???
knp x da life???? busy sngt ke keje ni????

Nurul Huda said...

lbh kurang xder life lar coz kalo hang keja sok2 n dapat tender,yg bnyk gler kne wat 2!!!n kne ciap on time lau x tender hang tidak dilayan...............

~Kiesya Craft~ said...

Skop keje utk lepasan QS ni meluas tak? saya tolong surveykan untuk kawan.dia nak sambung diploma tapi nak cari bidang yang mudah dapat keje nnt. kl boleh xnk tersalah pilih.kawan saya kata peluang keje banyak utk QS ni. yeke? kalau kawan saya nak apply utk program jarak jauh, kat U mane yer? thanks yer..

Anonymous said...

memang betul,, xde life,, tu blom kene lg kene caci maki dgn bos, client, stress manjang, ingat dalam 2-3 taun ni nak bukak kedai makan la, atleast dapat jugak praktis qs dalam bidang makanan

Anonymous said...

QS menjurus pd bidang pe? klu x ambk fizik leh ke further utk QS?

Syamilah Solehan said...

Akak thanks for the information. Saya budak lepasan spm.Ayah suruh amek course ni. tapi saya masih was was.Hehe. pasal pengiraan tu adakah melibatkan dengan akaun? Atau hanya pengiraan biasa? tq :)

Anonymous said...

akk.sy stdent diploma civil engineering uitm phg.kalau dgree nk amik qs msuk sem bpe?trnsfer crdit tk?

Diyana Ariffin said...

Assalamualaikum, hai. Dlm QS ni, kita hanya belajar baca drawing je kan, takde kena lukis apa2 kan?

nabila faryzza said...

vico panas ,
welcome . harap harap info ni membantu. hehe :)

nabila faryzza said...

enni ,
agak takde life la jugak . sebab kte akan busy kalau ada tender , kalau dah settle , takde la busy sangat.

nabila faryzza said...

~Kiesya Craft~ ,
kalau ikotkan , QS ni memang banyak peluang pekerjaan . so don't worry. cuma mampu tak mampu nak bertahan je la . kena kuat skit . hehe

nabila faryzza said...

anonymous ,
rasanya kalau tak amik fizik xleh amik . sebab salah satu subjek yg kita belajar, structure. structure tu lebih kurang mcm fiziki jugak. kira load semua tu. tp 1 sem je belajar .

nabila faryzza said...

Syamilah Solehan ,
pengiraan dia mcm biasa je . takde melibatkan pengiraan akaun tu . nak kena balance la ape bagai. it just a simple calcluation. tambah tolak darab bahagi. serious !

nabila faryzza said...

anonymous ,
kalau dari civil tukar qs , awak akan masuk sem 1 la . sebab tukar kos kan . and kalau ada certain subjek yang sama dgn kos qs, boleh je buat pengecualian kredit .

nabila faryzza said...

Diyana Ariffin ,
ada kena lukis sikit2 . tapi waktu kerja ni , xde kena lukis punn. time belajar ni la. hehe

azlinah azlan said...

akak. thx ye utk entry ni :) ayah sya syor utk ambik qs ni. so setiap sem subjeknya okay x? susah sgt ke? ada ala2 physics ke?

azlinah azlan said...
This comment has been removed by the author.
azlinah azlan said...

thx for info. :) btw subjek untuk setiap sem dy ok x? ada physics juga ke?

azlinah azlan said...
This comment has been removed by the author.
nabila faryzza said...

azlinah azlan ,
so far ok je. setiap sem, subjek lebih kurang sama je . subjek yg ala ala fizik ? xde sangat la. just structure tu la yg macam ala2 fizik. goodluck and all the best adik ! :)

Anonymous said...

Hi kak.nme sye haziq.Kak sye lpsn spm 2012...sye moho ukur bahan uitm sbg first choice.result sye rendah je.. 3A(m3,bm,seni),2b+(pai,bi),2c+(akaun,sej),2c(fiz,addmath) dan 1d(kim).kak rse ade peluang x sye nk dpt bidang ukur bahan ni?

Sindarella said...

salam kak eja, saya dapat temuduga untuk ijazah sarjana muda ukur bahan ni kat um, and im soo scared! ada apaapa tip tak untuk perrsediaan? kena melukis ke? aaa pelisssss.. :( help me..its on 21st may.

Sindarella said...

salam kak eja, saya dapat temuduga untuk ijazah sarjana muda ukur bahan ni kat um, and im soo scared! ada apaapa tip tak untuk perrsediaan? kena melukis ke? aaa pelisssss.. :( help me..its on 21st may.

Mirashada said...

Akakk, kalau degree QS kat UiTM mana eh? kat perak jugak ke? atau sarawakk?