Sunday, February 26, 2012

Review Filem Adnan Sempit 2

Assalamualaikum :)

Semalam, aku dan si dia berkesempatan menonton filem Adnan Sempit 2. Akhirnya, jumpa jugak aku dengan chenta hati aku tu. Mana taknya, minggu lepas dia ajak keluar. Aku cakap, "apa kata kita tunggu next week. Next week Adnan Sempit dah keluar". HAHA! Disebabkan Adnan Sempit keluar 23 Februari, maka aku tangguhkan date kami. Suka hati aku je tangguh tangguh dating kan. Orang lain, kalau boleh nak dating setiap hari. Yang aku tangguhkan date. Nasib baik si dia memahami. Thanks awak. <3


"Dimana Ada Highway, Disitu ada Tol" . HAHA! Itulah tag line untuk Adnan Sempit 2 kali ini. Kalau Adnan Sempit 1 mampu mengutip 7.5 Juta, aku yakin Adnan Sempit 2 mampu mengutip keuntungan lebih dari itu. Serious best Adnan Sempit 2 ! Lawak tak hengat dunia. Bagi aku, Adnan Sempit 2 lagi lawak dari Adnan Sempit yang dulu. Lagi lagi part Nadia dan Adnan ber "papa" "mama". HAHA! :D

Sinopsis :
Adnan dan Nadia telah mengharungi pelbagai rintangan untuk menjayakan hubungan mereka, malangnya ayah Nadia Datuk Isnin tidak merestui hubungan mereka. Datuk Isnin meletakkan syarat supaya Adnan mampu bercakap dalam bahasa Inggeris serta mengubah penampilan diri dalam masa 30 hari. Adnan memang merasai susah nak bercakap dalam bahasa Inggeris telah meminta pertolongan Bobby(Along Cham) untuk membantunya. Wawa( Yana Samsudin) dan Bobby pula ada masalah dalam hubungan cinta, Wawa merasakan yg Bobby ni tak berubah sikap dan masih macam dulu. Begitu jugak dalam hubungan Nadia dan Adnan.

Papa, papa, mama sayang papa sangat. I love you papa. *sweet lettew* HAHA!
Yang lawaknya, Adnan yang memang Sempit dan Rempit tu, cuba untuk jadi seperti ahli koperasi koperat. Maing golf, speaking English semua. Ingat lagi Adnan Sempit 1 "banana has already fruit two times" ? HAHA! Memang lawak gila la. Korang kena tengok sendiri macam mana gigihnya Adnan berusaha mentransformasikan dirinya menjadi seperti Datuk Isnin mahukan.

psst : Overall, aku bagi 4.5/5 untuk filem ini :)
okbai!

5 comments:

najihahfara said...

x saba nk tengok cite ni huhu,,

Unknown said...

citer nie pown tnia tgk ngan bf tnia..
sweet an.. jmpe lak dak2 p.d.. hehe.. macam wat reunion lak.. best sgt2 cter nie.. 5/5 laa bagi..

ehana said...

ala..nk tgk jgak tapi~~~~hehehe

idah_shi said...

macam best je, nak tgk lah! hehe

pelangi chenta said...

mmg xkering gusi tengok cite nie.kelakar abis