Wednesday, May 30, 2012

Yazid Burger, Shah Alam

Assalamualaikum :)


Haritu aku ada tengok berita pasal Yazid Burger ni. Memang terpegun gila tengok burger besar weyh. Pulak tu kat Shah Alam, memang membuatkan aku nak mencuba la burger ni. Sekarang, orang ramai sibuk duk cakap pasal Yazid Burger la, burger bakar la. Orang kuat makan, memang semua benda nak rasa kan. Takpe takpe, kita rasa satu satu :) #terliur

Yazid Burger, lebih besar daripada biasa !

Yazid Burger ni kalau korang nak tahu, terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Betul betul belakang UNISEL tu. Ada kedai kedai makan kat situ. Haa, kat situ la. So, student UiTM & UNISEL, mesti ramai yang dah mencuba. Kalau korang taktahu jalan, ajak aku. Nanti aku tunjuk jalan. hehe :)
 
Apa yang menarik tentang Yazid Burger ni, korang boleh pilih roti ape yang korang nak, patty dia, sos, sayur dan sebagainya. Ala ala SUBWAY gitu. Bukan itu sahaja, malahan Yazid Burger juga menerima tempahan melalui SMS dan email. Facebook aku tak sure. Ada juga kot. Bukan ape, kalau korang order on the spot, takot burger korang tu siap lambat. Serious aku cakap, ramai gila orang. Yazid Burger beroperasi pukul 5.30 petang. Pukul 6 macam tu, dah start ramai yang beratur.


Saiz Yazid Burger paling besar adalah seberat 1kg. Gambar yang kat atas ni 500g punya. Memang besar. Korang boleh kongsi makan 4-5 orang. Tapi kalau masing masing perut buaya, 4 orang pun dah cukup.
Harga untuk saiz 1kg - RM40
Harga untuk saiz 500g - RM20
Harga untuk saiz 250g - RM10
Berat ditimbang mengikut berat daging tersebut. Memang sedap la, sebab daging burger tersebut , really home made. Tebal tak payah cerita lah kan, memang tebal dan puas hati.

psst : Lepas ni nak merasa burger bakar Wangsa Maju pula :)
okbai!

9 comments:

Unknown said...

waaa besarnya! takyah makan seminggu la gini. hahaha XD

Unknown said...

sedap sangat2.. memang teringin laa nak mam. tapi jalan tuh mslhnya.. daa laa xpernah drive pergi sana.. jalan sana pernah lah.. p drive tuh x.. x au jalan..

Unknown said...

besarnya.....skang dh x leh nak tgk burger sbbsebelum nie asyik mkn burger jer..tiba2 satu ari x leh nak telan burger dh

Marya Hana said...

hai nabila,

i belajar kat shah alam, tapi tak sempat gi lagi..

burger bakar yg kat wangsa maju pon belom jengah, walau dekat dgn rumah, sedihnya. nk try..

DayaMohamed said...

weh, besarnya. haha. harga yg paling mahal pun dah sampai rm40. haha. teringin nak mkn burger bakar kat wngsa maju, tpi mlas beratur pnjang2. :/

. said...

amboi ni mkn smpai esok pun x habis :)

sueMUNCET said...

wahhhhhh..besarnya burger..okey..harus cuba nie..

tiefazatie said...

wah..awk dh mkn eh?nie yg berapa berat die?
serius besar..pengsan..haha

Dahlia Daffodil said...

perghhh..sedapnya.terliur tgk.huhu