Monday, January 14, 2013

Pakej Komunikasi Belia [Rebate RM200]

Assalamualaikum :)


Tentu ramai yang dah tahu, bermula 1 Jan 2013  permohonan untuk mendapatkan rebate RM200 telah pun dibuka. Aku yakin mesti ramai remaja berusia 21 - 30 dah berdaftar untuk dapatkan rebate RM200 ni . Tahniah ! Anda merupakan antara 1.5 juta remaja terawal yang berjaya mendaftar ! Remaja berusia bawah 21 tahun tu, jangan jelous okay! HAHA! Masa aku nak daftar haritu, bukan main sesak lagi laman web SKMM . Tapi setelah dinaiktaraf ni, okay dah kot. Siapa yang belum mendaftar tu, daftarlah sekarang di http://nbi.skmm.gov.my/ . Memanglah tarikh tutup dia sampai akhir tahun 2013, tapi kalau dah mencapai bilangan sebanyak 1.5 juta pendaftar, takdapatlah korang merasa rebate ni. SIAPA CEPAT, DIA DAPAT ! Ouh ya , sebelum mendaftar, jangan lupa untuk baca syarat syarat kelayakan terlebih dahulu .

Sebelum ni, rebate RM200 smartphone ini hanya untuk harga telefon tidak melebihi RM500 ,tapi sekarang tidak lagi. Kabinet telah bersetuju untuk menawarkan apa jua model telefon pintar (smartphone). So, handphone apa yang kat dalam kepala korang sekarang ? iPhone 5 ? Samsung galaxy SIII ? Samsung Galaxy Note II ? Okay ! Samalah kita ! *berangan lebih doh aku ni* HAHA! : D



Tapi ! Tapi ! Korang kena melanggan dengan mana mana pakej jalur lebar yang berdaftar dengan SKMM . Kalau tidak, korang takboleh nak tuntut rebate RM200 tu. Antaranya ialah CELCOM , MAXIS , DIGI , UMOBILE , TUNETALK , YES , SENHENG dan CLIXSTER . Dah alang alang aku pun tengah usha pakej mana yang aku nak amik, aku share dengan korang sekali. Buat masa ini, antara pakej jalur lebar yang dah update dorang punya web berkaitan Pakej Komunikasi Belia ini ialah : 
*klik setiap gambar untuk mengetahui dengan lebih lanjut*

CELCOM menawarkan hanya SATU telefon sahaja iaitu SAMSUNG GALAXY Y. Taktahu la kot kot lepas ni Celcom update yang lagi terbaru ke apa. Celcom banyakkan lagi pilihan smartphone ke. Kan? Kan? hee :)

YES pun menawarkan SATU telefon dengan pelan PREPAID . Handphone apa ntah . Tapi korang jangan risau, handphone ni boleh masuk internet la. Dah nama pun 3G kan. Eh, bukan 3G , tapi 4G uolls. :D
Housemate aku dah dapat dah. Dia cakap, dia tak keluar duit pun even harga handphone ni RM488. Korang bukan sahaja dapat rebate RM200 tu, malahan korang juga akan dapat rebate dari pihak YES sendiri. Itulah sebabnya kita dapat memiliki handphone tersebut tanpa sebarang bayaran. Pelik kan ? Aku pun tak berapa pasti, nak tahu lebih lanjut, korang pergi mana mana cawangan YES tu sendiri dan tanya.

Digi , konon konon the wiiiiiiidest laa. Tapi EMPAT handphone je . Maksud widest dia kat sini, semua tempat ada line Digi. *Aku rasa lah*. Apa yang menarik, Digi menawarkan dua tawaran, sama ada POSTPAID atau PREPAID. Kalau korang pilih Postpaid, pilihan handphone yang ditawarkan ialah SAMSUNG GALAXY NOTE 2 dan SAMSUNG GALAXY S 3 . Tapi kalau korang pilih Prepaid, ianya sama ada SAMSUNG GALAXY Y atau HTC ONE X . Pilih, jangan tak pilih !

Hotlink pun macam Digi juga, ada POSTPAID dan PREPAID . Setakat ni, ENAM handphone ditawarkan. Pilihan untuk Prepaid banyak sikit dan tentunya lebih mahal berbanding harga kalau korang pilih Postpaid. Tapi tu la, Postpaid ada kontrak. 

Banyak gila okay handphone yang ditawarkan oleh U Mobile . Ada lebih kurang TUJUHBELAS handphone! Wahh!! U Mobile menawarkan pakej Prepaid sahaja. So, yang masih belajar lagi tu, memang akan pilih Prepaid punya. So, usha la handphone handphone yang U Mobile tawarkan ni.

What ? Senheng pun ada ? Aku pun terkejut . Tapi , tengok dia punya laman web , dia macam ada relate dengan U Mobile. Mungkin Senheng bekerjasama dengan U mobile agaknya .

Hanya LIMA jenama handphone sahaja TuneTalk tawarkan. Ninetology ? ZTE ? errr.. Pandai pandai korang la ye. HAHA!

So , macam mana ? Korang pilih pakej mana ? Sebelum pilih tu, tengok jugak line jalur lebar tu, ada tak kat kawasan korang. Kalau takde, pilihlah jalur lebar yang ada. Fikir fikirkan, dan selamat beramal  #eh? HAHA! :)

psst : Kalau ada info terbaru pasal pakej pakej ni, bagitahu la.
okbai!

7 comments:

Anonymous said...

thanks info....

Anonymous said...

en anon. rasa mcm xikhlas je nak bg..
wat la tok semua fon..kan senang

Anonymous said...

nk tumpang tya skit kalau yang prepaid tu mknanya kita x terikat dgn bayaran internet bulanan kan

Anonymous said...

baru la paham.... thanks..

erosyie said...

Hye admin blog!!
banyak info..dalam ni..
buat pengetahuan admin ,saye sudah daftar skmm dan tengah buat pilihan sama ada nak pilih Pengedar Syarikat Telekomunikasi.Buat masa ni dalam shorlist saya hanya U mobile dan celcom.
papepon blog admin memang terbaik..time kasih banyak2

Leeza said...

THANKS for the info =)

If said...

Salam =)
rajin sungguh buat entri ni heheh.
meh baca review (?) saya =)

http://duniaitusfera.blogspot.com/2013/02/rebate-rm200.html?showComment=1366521623922#c8343960660260297165