sekarang, memang tengah hot isu nii. kat berita, ada je laporan tentang isu ini. kesian kan pelajar Malaysia kat sana. bila dengar mcm ni, teringat pula kat kawan aku yang belajar medic kat sana. harap harap, dorang tade pape. sama sama kita doakan okay! aminnn.
ape sebenarnya berlaku kat mesir? Ramai plajar Malaysia dlm bahaya!!ada yg kna acu pistol, kena rogol, pastu banduan kat sana semua pecah keluar penjara, berlaku bunuh membunuh, rompakan, tembak menembak & bom!! pergh!! seram gilaaaa. bersyukur sangat sebab negara Malaysia aman je.
Rakyat malaysia yang stay kat sana, semua diterbangkan ke Jeddah & tripoli sebelum dihantar pulang ke Malaysia. Alhamdulillah, ada yang dah selamat sampai ke tanah air. kesiannyaaaa! dah la semua internet terputus, talian telefon pun diputuskan oleh gov. Mesir. means, talian komunikasi semua terputus la senang cerita. airport pula, kena bom! nak balik Malaysia, kena berebut rebut laa. maik aihh! :/
research punya research pasal ape yang berlaku kat Mesir ni, aku terjumpa surat ni,
Kepada yang berkenaan ;
Perdana menteri malaysia,
Timbalan perdana menteri malaysia,
Menteri hal ewhal luar negara malaysia,
Media perdana malaysia,
Rakyat malaysia.
Perkara : Bawa pulang rakyat malaysia dari mesir.
Saya yang bernama Mohd Hasfman bin Asnin meminta kerjasama dan bantuan segera dari kerajaan untuk membawa pulang rakyat malaysia yang berada di mesir dengan kadar segera kerana memikirkan keselamatan mereka di sana.
Beberapa perkara yang perlu menjadi perhatian perdana menteri malaysia dan kerajaan malaysia ialah ;
- terdapat laporan mengatakan ada pelajar medic di rogol dalam rumah mereka oleh kumpulan banduan di mesir.
- terdapat juga laporan tersebar bahawa 2,3 orang student malaysia terkena peluru sesat ketika keluar mencari makanan dan usaha untuk menghubungi ahli keluarga bagi meminta bantuan.
- terdapat laporan mengatakan bahawa ada sekumpulan student kehabisan wang untuk membeli makanan dan kini ketakutan. Bank2 di seluruh mesir tertutup dan mereka kebuntuan untuk meminta bantuan kerana talian komunikasi terputus.
- Kebanyakkan student perempuan yang berada di hostel berasa cemas, kaget dan ketakutan.
- Ada hostel student malaysia dan indonesia yang dipecah masuk dan dirompak.
- Ada yang masih sabar berkampungdi lapangan airport alexandaria untuk menunggu flight yang tertangguh.
- Ada yang tiada wang untuk pulang selain mengharapkan ihsan kerajaan dan pihak yang sudi menaja. Harga tiket dilaporkan naik 7kali ganda di samping harga makanan yang mendadak naik dalam tempoh kurang 5 hari demostransi di mesir.
- Di maklumkan hanya student MARA dan JPA sahaja yang akan di bawa pulang ke malaysia dan ini tidak adil. Kenapa perlu wujud double standard? Saya harap berita ini tidak sahih.
- Protes di mesir di jangka akan berlarutan untuk suatu tempoh yang lama dan panjang dan brkemungkinan akan berjangkit di negara2 kejiranan mesir.
-hospital, balai polis dan pusat bantuan lumpuh kerana dibakar, diserang dan kekurangan kakitangan untuk mengawalselia keadaan di sana.
- ramai penjenayah bebas di atas jalan2 di mesir dan keselamatan orang awam tidak terjamin.
- Terdapat laporan mengatakan bahawa ada beberapa warga malaysia akan berkampung di negara kejiranan mesir. Saya mencadangkan lebih baik bawa mereka pulang terutamanya student2 dari malaysia. Selain boleh mengurangkan kos makanan, penginapan dan perbelanjaan lain, ahli keluarga mereka di malaysia juga tidak akan sentiasa risau memikirkan keselamatan anak2 mereka di sana.
2. Jepun, Amerika, Jordan, Turki, Kanada, Syria, Australia dan China sudah membawa warganegara mereka menaiki kapalterbang yang khas yang digunakan untuk mengangkut rakyat mereka di sana.
3. Selain dari krisis mesir yang tidak dapat dijangka akan berlanjutan sampai bila, kerajaan juga perlu menimbangkan aspek2 keselamatan dan kesihatan lebih dari 11,000 ribu warganegara malaysia di sana yang terdiri daripada pekerja2 dan pelajar2 di malaysia.
4.Dengan merujuk kepada paparan printscreen di atas, jelas terdapat kekacauan yang besar dan rakyat malaysia sedikit sebanyak sudah tentu akan terjejas. Tanpa perlu menunggu amaran merah, kerajaan perlu sedia bawa pulang rakyat malaysia segera kerana dikhuatiri ada nyawa yang mungkin melayang. Jika benar ada pelajar malaysia yang ditembak sudah tentu pelajar tersebut tidak boleh mendapatkan rawatan apatah lagi bekalan makanan dan wang mereka juga kian susut. Bank masih ditutup. Laporan kewangan juga mengesahkan bahawa bank2 di mesir berisiko tinggi kehilangan deposit. Jika ini berlaku, samada bank dibuka atau ditutup tiada beza kerana student tidak boleh keluarkan wang mereka dari bank yang tiada wang.
5. Apabila saya melihat berita menerusi kaca tv saya dapati kurangnya kesedaran tentang pelajar malaysia di mesir oleh kerajaan dan kerajaan mungkin tidak mendapatkan gambaran sebenar tentang apa yang berlaku di sana. Oleh itu izinkan saya share satu link yang melaporkan setiap perkara yang berkaitan pelajar malaysia di mesir dan mohon budi bicara kerajaan untuk bawa pulang mereka segera. Keselamatan dan kesihatan mereka mungkin dalam bahaya dan bukan semua sempat berkumpul di lokasi yang selamat.
Kerjasama dan perhatian kerajaan dalam kes ini amatlah diperlukan.
Yang risau tentang nasib rakyat malaysia di mesir.
Mohd Hafsman Bin Asnin
surat ni ditulis before pihak kerajaan Malaysia sampai kat sana, tapi sekarang alhamdulillah. keadaan beransur pulih kot. :)
korang, kalau nak tahu ape ape update pasal isu ni, click sini
that's all
1 comment:
hmm kesian dekat students malaysia :(
Post a Comment