Monday, July 11, 2011

Kelebihan mengamalkan ayat Kursi

Assalamualaikum :)

Haritu aku ada dengar kat Hot.fm. Isunya, FILEM HANTU MENGAJAR GENERASI KINI MENJADI SEORANG YANG PENAKUT. Macam macam tu la lebih kurang. *Ingat ingat lupa* Aku akui, memang aku seorang yang takut nak layan cerita hantu. *takot kalau tengok sorang. Kalau berteman takpe* But tak semua cerita hantu boleh menjadikan seseorang itu menjadi lebih takut. Depends on cerita hantu tu jugak la. Ada yang sangat bermanfaat dan ada juga yang hantu bodoh bodoh. Barubaru ni aku tengok filem KARAK arahan Yusry KRU tu. Aku suka cerita tu, even diawal cerita tu, memang serious takut gila. Dengan effect bunyi yang memang serious seram gila tahap boleh menjadikan degupan jantung bergerak laju.


Kalau korang dah tengok, ingat tak scene yang Shera Ayob berhadapan dengan hantu tu? Ingat tak dialog pakcik tu yang berbunyi, "Baca ayat Kursi, jangan hafal je. Baca dengan jujur dan yakin. Dan fahamkan maksudnya" Kita dah sedia maklum, memang tahu ayat Kursi tu memang banyak kelebihannya jika diamalkan. Salah satunya, menghindarkan diri kita daripada para syaitonirojim. Antara kelebihan lain, click sini. Memang banyak sangat kelebihan mengamalkan ayat Kursi ni.


Kalau boleh, jadikan ayat Kursi ni sebagai zikir harian. Supaya, walaupun kita(perempuan) dalam keadaan kotor(period), kita dapat membaca ayat suci Al-Quran ini. Yela, perempuan kalau dalam keadaan kotor, memang syaitan suka lah kan. Pastu, mana boleh pegang or even membaca ayat al-Quran. Unless ayat tu dah jadi rutin harian. So, lepas solat, biasabiasakanlah membaca ayat Kursi ni supaya ianya menjadi zikir harian. Selama ni memang aku hafal dan baca je ayat Kursi tu tanpa menghafal maksud ayat Kursi tersebut. Lepas je tengok Karak, aku terpanggil untuk memahami dan menghafal maksud ayat Kursi tersebut. Alhamdulillah :)


Ternyata, tak semua cerita hantu boleh menjadikan seseorang itu menjadi lebih penakut. Tapi ianya bergantung kepada pengarah cerita itu sendiri. So, a big applause to Yusry KRU kerana telah menghasilkan filem seram pertama yang memang wow la. Tahniah!

psst : Terima kasih encik chenta hati kerana menjadi sumber filem filem terbaru untuk saya. Awak tukang download, sayang tukang copy dari awak. hehe :)
okbai! 

1 comment:

Syue said...

betul betul, even Karak tu movie yang bagi kita takut gilaaa, but for me, movie tu ada banyakkk pengajaran :)