Tuesday, August 2, 2011

waktu bertendang

Assalamualaikum :)

Haish! dah berhari rasanya tak update blog aku ni. Serious aku mengalami kekangan masa. Serious aku busy gila. Nak curi curi online dan update blog pun tak sempat dan tak ada masa. Aku hanya sempat berblogwalking dan tinggalkan komen di blog orang yang sentiasa ada cerita baru. Sedangkan blog aku? Tiada cerita baru untuk dua tiga hari ini. Senyap tanpa berita terkini. #bajet mami jarum je nak ada berita terkini kan. HAHA!

google
Disebabkan ada dua tender harus dihantar pada hari Khamis [tender Miri] dan Jumaat [tender Sabah] ini, aku perlu membantu Kak Hawa #supervisor aku memasukkan harga. Memang inilah yang dikatakan, kerja dalam bidang construction ada waktu bertenang dan ada waktu bertendang. Dan kini aku berada di zon waktu bertendang. Memang tak senang duduk aku tengok supervisor aku tu. Kesian okay! So, aku hanya mampu menolong dengan segala ilmu yang aku ada sebagai budak practical, membantu meringankan beban. Aku main masuk je harga berdasarkan kepada previous project. Kalau salah tu, maaf la ye Kak Hawa yea. hee :)

Aku sub kerja mencari supplier bored piles kat Wiza, #budak practical lain, suruh dia hantar quotation, tapi hampa, tiada satu balasan pun. Arghh! Aku nak pakuk berapa ribu bored piles ni. Senang cerita, aku tinggalkan je dulu. Nasib baik kak Hawa cakap tak ape.

Aku hanya ada masa 3 hari je lagi nak siapkan tender tu. Kalau tak, abang Shah cakap, sama ada kau kena berbuka dengan tender tender ni, atau kau bersahur dengan tender tender ni? Mesti la aku taknak kedua duanya kan! HAHA! 

psst : Lepas hantar tender ni, baru lah zon waktu bertenang tu kembali dan boleh bersantai santai. HAHA :D
okbai! 

5 comments:

Anonymous said...

sure?? 18hb dan 19hb ade lagi dua tender... areyebba ~~!

Anis Adila Aris said...

dah merasa la ko ye...haha

sepatu merah jambu said...

eh, da buat practical ke??

HaNa Hani said...

bolehnye dear
chaiyok chaiyok!!
^_^

Far8 budak baik said...

gudluck tender tuuu...
pehh ade dah sorang kawan mami jarum..
hahahaha
praktikal elok2 k..
jgn bagi dyorg buli kau..haha