Tuesday, September 27, 2011

perbuatan baik dibalas baik, perbuatan jahat dibalas jahat

Assalamualaikum :)
ihsan Google
"KITA BAKOR! KITA BAKOR!"

Mungkin disebabkan penangan cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah ni, seorang remaja bertindak membunuh dan membakar kekasihnya. HAHA! Suka hati aku je buat siasatan dan tafsiran sendiri kan. #okayy, aku memang dilahirkan untuk tidak menjadi seorang anggota polis. Sebab tu aku ambil Quantity Surveyor. Sebab aku nak jadi seorang Surveyor bukan seorang penyiasat. :)

Bercakap mengenai kes bunuh dan bakar ini, ianya melibatkan seorang pelajar Ukur Bahan #kos aku yang menuntut di Sri Iskandar #kampus lama aku yang membunuh mangsa yang belajar di Maahad Tahfiz, Selayang #tempat tinggal aku. Semua macam ada kena mengena dengan aku lah kan. Tapi nasib baik lokasi mangsa dibunuh di Ampang. fuhh! selamat! HAHA! Sempat lagi kau buat lawak kan? #okay! okay! aku serious okay!


tempat mayat Norul Awatik ditemui
Memang gempar juga la berita Kes Bunuh dan Bakar Norul Awatif ni dan menjadi perbualan pelajar sama ada di Shah Alam mahupun di Sri Iskandar. There's typing error dalam surat khabar tu. Nobody's perfect. Kadang kadang ada yang buat silap juga. Yang sebetulnya, pelajar tersebut merupakan pelajar Diploma Ukur Bahan dan bukannya Sarjana Muda Ukur Bahan. That's why kami yang di Shah Alam terkena tempias. program diploma ada kat Perak, manakala Shah Alam program ijazah. #ok faham? hee. Berita terbaru, pelajar tersebut telah pun didakwa setelah ditahan reman selama seminggu dan diperuntukkan dengan ukuman mati mandatori. Sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Haih!

Tujuan aku post entri ni bukan ape. Bukan sebab nak capub #cari publisiti kos aku ke ape. Seriously, memang agak kecewa la dengan tindakan budak ini. Ini sebagai pengajaran kepada korang juga. Kepada pasangan yang bercinta tu, di permulaan percintaan semuanya indah kan? I love You, You love Me lah bagai bagai. Tapi kalau nak selalu indah sangat, susah la jep! Mesti la ada gaduh gaduh sikit. kan? kan? So, bawa bawa lah berbincang. Jangan terus nak bertindak melulu membunuh sebab terlalu kecewa kerana hajat tidak diingini. Korang pun dah cukup besar kan untuk bezakan mana baik dan mana buruk. Okay? Ishh!

Percayalah,
Setiap perbuatan baik akan dibalas baik,
Setiap perbuatan buruk, akan dibalas buruk.
#kau bunuh orang sampai mati, kau pun akan dikenakan hukuman mati. fair enough right?

psst : Ada hikmah disebalik apa yang berlaku. To think positively, orang dari taktahu ape itu QS jadi tahu. mesti korang akan search, Quantity Surveyor ni ape benda sebenarnya. betul tak? betul tak? eleh! mengaku je. :)

kbai!

4 comments:

Unknown said...

satu lagi perbuatan buruk manusia naa... hadeyh.....

Anonymous said...

sebelum bunuh-bunuh ni i dah jadikan QS ni best friend i u :))

~iz~ said...

heran sekarang..mereka berani sungguh bunuh2 pastu bakar2...nak ikut adat hindu pulak..

dulu2 jarang dengar berita2 camni..agak menakutkan la..

naliaz said...

hantu kaklimah kerni