Friday, October 28, 2011

Koc Wanita Hanya Untuk Wanita SAHAJA!

Assalamualaikum :)

Antara banyak banyak kemudahan awam yang ada, seperti LRT Putra, Star dengan KTM, paling aku menyampah nak tunggu KTM. Kalau terlepas satu, hamek kau! Nak kena tunggu next train tu, lama gila okay! Sebab tu kalau still boleh sumbat, aku masuk jugak. Lantak lah kan. HAHA! Tak macam Putra dengan Star. Setiap 10 minit macam tu, dah ada next train. So, kalau tertinggal train yang ini, takde lah lama sangat nak tunggu train lagi satu. Aku paling suka kalau sampai je kat landasan, train dah sampai. Wahh, rasa macam hari ini hari bertuah aku. HAHA! :D

Dalam dalam menyampah nak tunggu KTM tu, tapi KTM la paling bagus. Nak tahu kenapa? Sebab KTM provide tempat khas untuk wanita. 

encik Google
Memang setiap kali naik KTM, aku prefer naik Koc Wanita. Yela kan, rasa selamat sikit sebab semua perempuan. Sebab itu pihak KTMB menyediakan Koc Wanita ini. Ianya bertujuan untuk memelihara kaum wanita daripada gangguang seksual. Tambahan pula, kalau perjalanan jauh tu, nak tertidur sepanjang perjalanan pun takpe. Sebab semua perempuan kan. Mana lah tahu kot kot terlentuk kepala ke ape ke, orang kiri kanan kita perempuan. Orang yang tengok kita tertidur pun perempuan. kan? kan? Maka tiada lah gangguan seksual berlaku :)

TAPI, kadang kadang tu ada jugak lelaki yang tak reti membaca naik Koc Wanita ni. Dah terang terang tulis "wanita sahaja sepanjang masa" yang si lelaki nak jugak masuk. Takfaham betul aku. Okay finee, kalau kau setakat berdiri kat depan pintu tu, boleh tahan lagi. Ini tidak, ada tu yang dapat tempat duduk lagi. Hamboi, sedap kau kan dapat tempat duduk. Orang perempuan terpaksa jadi gentlewoman sebab nak bagi tempat untuk kau duduk. Bro, consider la sikit. Awak tu lelaki, tak malu ke masuk Koc Wanita. #bukan marah, tapi nasihat 

masih lagi ihsan Google
Aku kalau keluar dengan boyfriend aku pun, sanggup la sorang naik sana, sorang naik sini. Kalau taknak sangat berpisah, naik la Koc biasa. Okay? terimakasihbanyakbanyak :)

Kalau kat KL Central, memang akan ada polis bantuan #kot yang akan cek setiap Koc Wanita tu, ada lelaki ke tak. Kalau ada, memang kena halau la dengan polis bantuan tu kan. Masing masing dah besar, pandai pandai la berfikir yea?

Polis bantuan ni bengang sangat, hamek kau. Dia siap jaga pintu Koc Wanita lagi. #cayalah!

psst : Semua gambar aku ambil dari Google je. Handphone aku, kalau nak snap picture, memang bunyi dia orang boleh recognize. Karang tak pasal pasal aku kena maki. ;)
okbai!

6 comments:

najihahfara said...

mmg nampak garang gilos akk tu huu

✿INA AINAA✿ said...

huahahaha...good entry sebb ena selalu gak gini...nak kate xreti bhse, xtaulah plak...siap amek kesempatan nk ngorat awek2 lam koc wanita tu...lg satu, makwe sendri yg pelawa bf masuk lam koc wanita tu alasan kos biase penuh.... grrrr....

Unknown said...

haish.. suma pun nak jadi gegurl.. pffftt


haha

FatinNad said...

muahahaha.. tak tahan bab jg gentlewomen tuh. keliru identiti ke bang? haha..

eh. muke akak polis tuh angker gile. :)

Unknown said...

hehe.. senang citer dorang tak pandai nak baca.. apatah lagi tgk gmbr. tuh yang dorang men masuk jerk at koch wanita tuh. pernah sekali tuh naik,dah la sesak, leyh lak kaum adam nie masuk.. pastu ad makcik nie report at polis tepi tuh, terus dia msuk, n amk gmbr laki tuh.. mmg malu laa.. semua pandang kan..haha.. patutnya kne sediakan mekup, rambut palsu tuk dorang yang gatai nak msk koch wanita nie..hehe
ayah tnia cter.. gurl nie ddk tmpt umum. bukan koch wanita laa kan. pastu ad laki nie masuk, dia nak ddk.time tuh pnuh laa.. dia pergi kat gurl tuh, dia suh bangun n dia nak ddk. alsan dia, dia kata awk tmpat dah disediakan tpi nper nak ddk kat sini. last2 gurl tu berdiri.. kesian gurl tuh..

Anis Adila Aris said...

aku menyampah betul naik KTM...
lagi2 kalau ade orang gaduh..menyirap betul