Global Corporate Responsibility Day 2011 |
Sejak dah sambung belajar kat Shah Alam ni, boleh dikatakan setiap minggu aku balik rumah. Hari Jumaat lepas kelas, terus chow! Petang Jumaat tu lagi mama dah cop aku nak suruh temankan pergi event office dia. "Eja, esok temankan mama" Aku pun okay je memandangkan minggu ni aku balik memang tak keluar dating pun. HAHA!
Maybank Group Global CR Day - Etiqa Insurance & Takaful
Tarikh : Sabtu, 1Oktober2011
Tempat : Planetarium Negara, Muzium Negara & Pusat Sains Negara (pendidikan)
Apa yang aku faham, Maybank menganjurkan Kempen CR yang melibatkan Maybank seluruh dunia. Untuk Maybank Malaysia, 15,000 staff Maybank akan bersatu untuk melakukan kerja amal yang memberi tumpuan kepada pendidikan, alam sekitar & pemuliharaan, perubatan dan komuniti. Untuk bahagian tempat mak aku kerja iaitu Etiqa Insurance & Takaful, mereka ditugaskan untuk membuat lawatan sambil belajar. Maybank lain, aku taktahu sebab aku bukan staff Maybank. Sorry. kikiki :D
Sebak hati aku bila tengok budak budak tu. Berkali kali rasa nak menitiskan air mata tetapi disebabkan aku sedar tugas aku untuk menggembirakan mereka, aku tahan air mata aku daripada mengalir. huu. Alhamdulillah, aku masih lagi mampu menikmati hidup dengan sempurna. *okay, mata dah berkaca*. Next!
Sebelum bergerak ke tempat lawatan, setiap staff akan diberikan seorang anak angkat (penghuni Rumah Amal Permata Hatiku) dan mereka dipertanggungjawabkan untuk menjaga anak tersebut.
ini anak angkat mama saya merangkap adik angkat saya, AHMAD MIQDAM :) |
Selepas breakfast, pembahagian anak angkat dan sesi berkenalan, kami bergerak menaiki bas, menuju ke destinasi pertama iaitu,
Seriously, ini pertama kali aku pergi tempat ni. Aku pun taktahu la kenapa masa zaman persekolah aku dulu, cikgu tak buat lawatan ke sini. Kenapa ek? urmm, tak kisah la. Yang penting, aku dah sampai Planetarium Negara. Antara aktiviti menarik di Planetarium Negara adalah menonton tayangan di Space Theatre (Passport to the Universe) di mana kita dibawa ke alam angkasa lepas dalam bentuk 3 dimensi.
anak anak beratur untuk melihat matahari |
ibu bapa juga tidak melepaskan peluang |
"Warga Malaysia Pertama di Marikh" |
ketika di Space Theatre |
Destinasi kami yang seterusnya adalah "Muzium Negara".
Dari Planetarium Negara tu, kitorang berjalan kaki menuju ke Muzium Negara. Di Muzium Negara, pihak penganjur telah mengadakan Treasure Hunt untuk kanak kanak tersebut dimana mereka hendaklah mencari nama artifak yang terdapat di galeri Muzium Negara tersebut berdasarkan gambar yang diberikan. Dan aku volunteer jadi salah seorang facilitator, sampai ada sorang pakcik ni tegur,
pakcik : You department mana ek? Claim ke?
aku : eh tak lah! Saya anak Puan Aishah *sambil menunjuk ke arah mak aku*
pakcik : Ouh, i thought you staff Etiqa.
aku : hee. *senyum* Takdelah, saya teman mama saya je.
Staff Etiqa bersama anak angkat masing masing berjalan menuju ke Muzium Negara |
Yeah! This is my treasure hunt group! GROUP COKLAT :) |
Kat Muzium Negara aku tak banyak bergambar sangat. Almaklumlah, aku baru je melawat Muzium Negara baru baru ini. Ditambah pula, sibuk melayan budak budak ni berTREASURE HUNT, so memang tak banyak bergambar.
Selepas makan dan solat, kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi terakhir,
Malas dah nak type, tengok gambar je la. Okay? hee :)
Rawr!! it means "iloveyou" in dinosour world. LOL :D |
alat ini menunjukkan kadar air yang terdapat dalam badan kita. Aku punya 45. hee |
seorang ibu menunjukkan bagaimana alat ini berfungsi |
aku suka gambar ni sebab background dia lawa :) aku taksuka gambar ni sebab gambar ni gelap :( |
cermin yang mengejek diri sendiri. kbai! #akupendek :p |
Selepas pusing pusing satu Pusat Sains Negara tu, acara penyampaian hadiah dan minum petang. Kumpulan COKLAT yang aku jaga mendapat tempat pertama.
Sesi pembahagian hadiah yang dorang dapat |
Seronok budak budak tu dapat hadiah. Masa treasure hunt tu, dorang leka sikit aku akan cakap, CEPAT! CEPAT! NAK MENANG TAK? haha! Garang tak aku? Garang garang pun, dapat tempat pertama taw! Event pada hari tersebut berakhir dalam pukul 5 macam tu la. Walaupun penat, tapi ianya pengalaman yang sangat bermakna buat aku kerana dapat menggembirakan kanak kanak yang kurang bernasib baik.
AHMAD MIQDAM bersama hadiah yang dimenangi |
kbai!
1 comment:
nama sedap adik angkat kau tu..muka kesian je sebab tu nak wat kau nangis..hehe
Post a Comment