Wednesday, January 18, 2012

iCity, Shah Alam

Assalamualaikum :)

Dengan ini, kami bekas pelajar Semester 3, Sarjana Muda Ukur Bahan, Fakulti Senibina Perancangan & Ukur (FSPU), UiTM Shah Alam ingin mengumumkan,


KAMI DAH HABIS EXAM!! :)

HAHA! Over gila ! Kawan kawan kitorang yang lain dah nak habis belajar dah pun, bakal menggenggam segulung Diploma. *ouh, okay fineeee!!* #jelous :(


Habis paper semalam (17Jan2012), tapi baru hari ini sampai rumah. Almaklumlah, keinginan yang membuak buak untuk melangkahkan kaki ke iCity dai bulan lepas sudah tidak dapat ditahan lagi. So, kitorang decide nak berjimba di iCity dahulu sebelum balik ke rumah masing masing meninggalkan Shah Alam.



Bagi sesiapa yang tidak tahu, iCity terletak di Seksyen 7 Shah Alam berdekatan dengan Pasaraya Bintang dan juga berdekatan dengan pintu belakang UiTM Shah Alam. *kalau jalan kaki, 15-20 minit sampai la* Bayaran masuk, sebelum 6 petang, RM1dikenakan untuk setiap 1jam #taksure dan selepas 6 petang, tiket masuk adalah RM10Agak mahal la. Disebabkan ini merupakan kali ketiga aku pergi ke iCity, terasa la RM10 tu. Tahun lepas aku pergi, masuk free je. Mungkin sebab masih baru. Sekarang, memang dah banyak perubahan kat iCity, tu yang mahal kot.
Giant Ferris Wheel
Sebelum ni aku taktahu nama benda ni, dari Kolej Mawar boleh nampak dan hampir tiap malam duk tengok benda yang aku gelar "eye on Shah Alam" ni. HAHA! #sukasuki. Akhirnya, dapat juga naik.

Slow je Giant Ferris Wheel ni bergerak. Ala ala romantik gituuu. HAHA! Tapi, seriously tinggi gila ! Sampai kat atas, masing masing memang stone habis. Takut nak bergerak banyak sebab takut benda tu bergoyang. Sampai bawah, lega skit. 

Pandangan dari atas
Ini pun kitorang naik jugak! 
Ouh ya! Untuk pengetahuan korang, setiap permainan yang terdapat di iCity, bayaran RM5 dikenakan bagi setiap orang untuk sekali naik. Kalau nak naik banyak banyak kali, bayar lah banyak banyak kali. Okay? :)
Actually, banyak lagi permainan yang terdapat di iCity tu, ada Giant Ferris Wheel, ada buaian seperti gambar di atas *tak ingat nama* , dan macam macam lagi la. Takde la kitorang nak main semua kan. Tak berbaloi rasanya. Better pergi Genting Highland, nak naik berapa kali pun suka hati je.

Ingatkan nak masuk Snow Walk iCity, tapi kitorang just jalan jalan ambil gambar. Datang iCity tak sah tak tangkap gambar. Kan? Kan? Nah! layan gambar syok sendiri kitorang. :)


phew! phew! #tudungterbang

BestFriendForever
Mana mana aku pergi, dengan dorang je.








psst : Balik kolej dalam 1 pagi. Nasib baik pak guard tak marah. Dia faham kot budak nak enjoy akhir akhir sem ni. :)
okbai!

2 comments:

Nadia said...

teringin nk g sne..:(

Anis Adila Aris said...

nak update, bb lembab cam siput...hahaha


seronok giler ok...haha