Tuesday, January 24, 2012

Perkara yang Membuatkan Makan Angin di iCity Menjadi Tidak Seronok

Assalamualaikum :)

Hai korang ! Cuti Raya Cina ni buat ape? Duduk rumah je? Sama lah kte. Okay, tipu. HAHA! Actually semalam, aku dan family aku berjalan ke iCity, Shah Alam. *pergi lagi* Bagi aku, ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke iCity, Shah Alam bersama ahli keluarga. Before ni pergi dengan adik beradik, boyfriend dan kawan saje. Time cuti macam ni lah baru berpeluang nak meluangkan masa bersama keluarga. Kan? Kan? :)

kakak , adik , mama , ayah , abang


Korang pun sendiri dah tahu kan macam mana rupa iCity, Shah Alam. Ada pokok yang berlampu dan sebagainya. So, takperlu aku nak ceritakan lagi. Tapi korang tahu tak bahawa pergi iCity pada cuti umum adalah sangat tak berbaloi? Nak tahu kenapa?

Jalan sesak
Jalan sesak memang dah dijangka akan berlaku. Sebab tu, petang lagi kitorang dah bergerak ke Shah Alam. Solat Maghrib di surau yang berdekatan dengan Giant. Well, memang tak sah tempat macam ni tak sesak. Lagi lagi waktu cuti umum. Mesti ibu bapa akan bawa anak anak dorang berjalan. Pintu depan dah sesak, ingat nak lari masuk pintu belakang, sesak jugak. Nak taknak, terpaksa redah juga. Nasib baik dorang provide sistem bayar dulu. Means, lepas korang dah masuk ambil tiket, korang boleh bayar dulu tiket parking korang tu untuk mengelakkan beratur panjang ketika hendak beredar keluar dari iCity. 

Terpaksa parking di kawasan lapang sebab tempat Parking biasa dah full
Ramai gila orang

Harga lebih mahal
Okay, yang ini memang paling ketara. Memang entri sebelum ni lagi aku dah cakap pasal harga yang dikenakan oleh pihak iCity. Nasib baik tiket masuk ke iCity still lagi RM10 jika korang masuk pukul 6 petang. Masa aku pergi iCity, Shah Alam dengan kawan kawan aku haritu, nak naik setiap permainan, RM5 akan dikenakan seorang. Tetapi, disebabkan semalam merupakan cuti umum, pihak iCity mark up harga tiket. Aku terkejut gila bila dapat tahu harga tiket untuk naik Giant Wheel sudah bertukar kepada RM10. Pergh! Terus tak jadi nak naik. Dah la beratur nak naik Giant Wheel tu bukan main panjang.

Beratur panjang
semata mata nak naik ...
Giant Wheel yang lebih mahal daripada biasa


Tak seronok nak bergambar
Yela, dah ramai ramai macam tu, macam mana nak bergambar sakan. Aku tak segan kalau nak bergambar kat iCity. Semua orang pergi iCity tangkap gambar. So takde lah aku nak segan kan. Tapi yang takbestnya, bila dah ramai ramai. Ergh! Nak snap pic kat view ni, ada orang, side ni ada orang. Nak nak view yang cantik, mesti la lagi ramai orang. Terpaksa la kena tunggu orang tu selesai bergambar dulu, baru kita boleh bergambar pula. Dapat bergambar pun, kena laju laju sebab ada ramai lagi yang menunggu. Hasilnya, gambar tu blur ke ape ke, takboleh nak snap lagi sekali. Awak pula pakai DSLRcamera handphone je. :(

Tengok lah belakang tu, ramai sangat orang

Tak berpeluang masuk Snow Walk
Benda paling menarik kat iCity tu aku rasa, adalah Snow Walk. So, bila takdapat masuk tu, rasa tak seronok lah kan. Aku dan adik aku beriya nak masuk Snow Walk. Tapi fikir ramai sangat orang, terpaksa batalkan juga niat nak main snow. Mama cakap, lain kali kita pergi hari biasa pula, baru seronok!

takdapat masuk, bergambar pun cukup la. :D

Okay, buat masa ni itu je la kot pengalaman aku yang membuatkan iCity jadi tak seronok. Sebenarnya seronok KALAU KORANG PERGI BUKAN WAKTU CUTI UMUM. Itu je yang mampu aku cakap. Hee :) 

psst : Serious tak banyak letak gambar sebab banyak gambar yang tak lawa. Banyak yang bergoyang.

okbai!

9 comments:

najihahfara said...

semua tu paling spoil la kalau nk g tempat2 cm ni kan. nak2 org tengah ramai gile .malas nk beratur bagai

faratina said...

kau pergi lagi eja!! haha.. peminat setia icity nmpakkkk :p

Anis Adila Aris said...

gilalah..
beratur punya panjang nak naik benda alah tu, hari tu releks je kite ambik tiket terus naik..

nabila faryzza said...

cik najihah,
tu lah kan. taksuka la nak berebut rebut

nabila faryzza said...

faratina,
peminat setia? well, eja kan. hahaha! tapi baru terasa boringnya icity. pergi banyak banyak kali, stil tak merasa snow walk. haish!

nabila faryzza said...

anis,
tahu takpe weyh! dah la mahal. haritu naik rm5 je, bayar terus naik. ini nak kena beratur, mcm ape je

idah_shi said...

masa akak pergi free je kot semuaa.
tapi tu masa tahun 2010 lah. haha :P

nabila faryzza said...

idahMOMOE ,
tahu takpe. masa eja pergi awal awal icity baru bukak, tak kena bayar ape ape pun. FOC. skang dh ada mcm2. tu yg berbayar tu.

Abang Karu said...

elok gi hari biasa....x ramai orang (^__^)