Sunday, May 27, 2012

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi

Assalamualaikum :)

Korang tahu tak sebenarnya kat Malaysia ni, banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi. Aku bukanlah seorang agensi pelancongan Malaysia untuk mempromosikan tempat peranginan. Tetapi sebagai rakyat Malaysia aku rasa terpanggil untuk berkongsi tempat tempat menarik di Malaysia. Itulag gunanya blog. hehe

Korang tak perlu ke luar negara sebab kat Malaysia pun ada
Salah satu tempat menarik di Malaysia yang diilhamkan dari luar negara ialah, Colmar Tropicale. Ia adalah sebuah perkampungan Perancis yang teletak di Berjaya Hills Resort, Bukit Tinggi, Pahang. Ia terletak 2,6000 kaki dari aras laut. Tapi kalau korang pergi Japanese Village, lagi tinggi korang kena naik. Pembangunan disini diilhamkan oleh Perkampungan asal Colmar di Perancis. Means that, bangunan kat sana merupakan replika bangunan dari perkampungan Colmar di Perancis tu la. Sangat rare kat Malaysia. Susah nak jumpa bangunan macam ni kat tempat lain di Malaysia, kecuali kat Bukit Tinggi . Mungkin aku yang berada dalam bidang construction ni agak teruja dengan bangunan disana, tapi tidak bagi si dia . Serious aku teruja. :O







Ouh ya, tempat ni takde lah besar mana. So, sehari pun dah mencukupi untuk korang jalan jalan kat tempat ni. Kitorang pergi tengah hari, petang dah balik. Kalau nak tidur sini pun boleh. Tapi memang mahal la hotel kat sini. Satu malam, ada la dalam RM300++. Makanan kat sana pun mahal. Nasi lemak, RM5. Laksa RM13. Anda disarankan untuk membawa makanan sendiri. Kitorang pun bawa makanan sendiri.

Korang rasa besar ke? aku rasa takde la besar mana :D
Tiket masuk untuk ke Colmar Tropicale, RM12 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak kanak. Aku rasa, harga dia boleh tahan la. Ingatkan RM12 tu boleh pergi mana mana. Rupanya ada juga tempat yang korang kena bayar lain. Kalau nak masuk Rabbit Park, korang kena bayar RM3. Japanese Village free. Untuk pengetahuan korang, kat sana ada disediakan Shuttle Bas setiap sejam #taksilap. So, korang takpayah la nak drive kereta korang, jimat minyak. kannn :D


gigih bawa beg berisi makanan 
Di Japanese Village ni, korang boleh je sewa baju kimono (RM20 untuk 30minit) untuk bergambar. Japanese Villa ni lagi tinggi dari aras laut, iaitu 3,500 kaki. Dari tempat Shuttle bas tu berhenti nak naik ke Japanese Village ni, korang memang kena mendaki sikit. Bukan sikit, letih jugak la. HAHA :D



Lepas tu, kitorang ke Rabbit Park pula. Nak tahu Rabbit Park kat mana? Ha, tengok balik peta kat atas tu. hehe. Kat Rabbit Park ni, arnab arnab dibiarkan di satu kawasan yang berpagar dan kita boleh masuk dalam kawasan tu dan bermain bersama arnab arnab tersebut. Keterujaan aku melihat bangunan Colmar Tropicale tibatiba hilang bila masuk Rabbit Park. Si dia pula yang teruja. Aku ni jenis takot sikit. Sedangkan kucing pun aku takot, arnab pun mesti la takot jugak kan. Tu yang mampu pegang je, tak berani nak angkat. HAHA #tutupmuka . Selain itu, kat Rabbit Park ni pun ada rusa, kuda dan macam macam lagi la.

psst : Actually, memang dah lama teringin nak pergi tempat ni. Thanks kepada encik chenta hati sebab bawa kte pergi tempat ni. hee <3 <3 <3 :)


9 comments:

Unknown said...

amboiii bestnyeeee :)

najihahfara said...

dating la ni ye hihi

Anonymous said...

wow best nya en.anon tngk kamu berdua nie..hee

Anonymous said...

Jelous ai..lol.anw,your chenta hati really ohsem!hahaha.

Anonymous said...

omaigodddd!!!!both of you really sweet,date sesama makansesama.hee,good then,hopefully forever macamtuh.amin.

DayaMohamed said...

kenapa sweet sangat ni. hehe. tempat ni awesome kan. k, macam nak pegi lagi. :D

tiefazatie said...

bestnya..ifa xpernah gi lg nie..hehe

Anonymous said...

aku juga ingin bawa cinta hati ke sini...i'm coming bukit tinggi....

nopan said...

tempatnya cool...