Friday, June 24, 2011

Siapakah juara Maharaja Lawak?

Assalamualaikum :)

Sempat lagi aku update blog kann. Nampak sangat aku tak tengok Maharaja Lawak. Nampak sangat aku tidak melanggan Astro Warna. Aku bukan ape, memang nak tengok Maharaja Lawak. Tapi, apakan daya, hanya mampu melayan di laman sesawang YouTube je la. Mahu tak jelous orang lain tengok sekarang. Aku, tunggu ada orang upload dekat Youtube dulu, baru aku boleh layan. By the way, terima kasih YouTube kerana telah banyak berjasa. :)

Dalam entri aku yang ini, memang aku ada short listkan peserta yang paling best bagi aku pada minggu pertama. Dan tak sangka pula, kumpulan yang aku sangkakan best pada awal minggu, kekal sampai ke pusingan akhir. TAHNIAH Jozan, Sepah, Nabil & Jambu.

Agak agak korang siapa menang? Aku pun tak dapat nak jangka siapa yang akan menang. Setiap peserta, masing masing mempunyai kelebihan dan daya kreativiti sendiri.

Berdasarkan bancian yang telah dibuat, *ayat karangan* ia jelas menunjukkan bahawa majoriti dikalangan pemilik akaun Facebook, memilih Jozan sebagai Juara. Tapi, ini hanya dalam Facebook. Hakikatnya, belum tentu diorang undi betul betul kan.

Bagi aku, memang antara dua tu je la yang akan menjadi juara. Sepah atau Jozan.

Sepah
Mereka dianggotai oleh 3 kepala. Ketiga tiga mereka, memang kepala lawak pula tu. Setiap minggu, persembahan kosisten je. Setiap minggu tak pernah mengecewakan penonton. Kalau menang, memang berbaloi dengan usaha diorang yang selalu tampil dengan idea baru. *Harap harap Sepah menang* hee :)

Jozan
Tidak kurang juga. Bagi aku la, kelebihan mereka, Zizan merupakan pemenang anugerah bintang popular. Dah ada nama. So, mereka memang dah ada peminat mereka sendiri. Ditambah pula dengan aksi Johan yang pandai meniru gaya seseorang. Memang lawak!

Nabil
Dah kurang menyengat. Mungkin sebab dia dah kekeringan idea. Yela, dia sorang sorang. Tiada bantuan lain nak salurkan idea. Kalau dia blur, memang tiada orang nak back up lah kan. Atleast, dapat masuk pusingan akhir kan. Hebat ape.

Jambu
Lawak mereka pernah diberi pujian oleh pengkritik, "Lawak korang, lawak Internationale" *betul ke ejaan aku ni?* Tapi, dah nak akhir akhir, penonton menjadi semakin bosan dengan persembahan Jambu dek kerana mereka sering mengulang lawak yang sama.

psstt : Adat bertanding lah kan. Ada kalah dan ada yang menang. Siapa yang menang? Sama sama kita nantikan! :D
okbai! 

3 comments:

Anis Adila Aris said...

aku tak kisah pun sape menang, sebab semua best..haha

anismelon said...

anis klik jozan semalam..tp siyus xbest yg semalam..kno tah

Anonymous said...

en anon la yg lagiii lawak weyhh..hee